Sunday, 28 June 2015

Sabar itu indah

Assalamualaikum,

Baru menulis..lama betul dah tak menulis belog usang ni.
Alhamdulillah....sabar itu indah.
Dah hampir setahun 3 bulan aku kerja. 
Dah tertunai hasrat untuk beli kereta buat keluarga.

Tak perlu ucap terima kasih mak...
terima kasih untuk menyara aku dan adik-beradik empat orang dengan duit gaji seciput berkat kerja menyapu membersih...
terima kasih untuk bapak berkat kerja bagi kami rumah untuk menumpang teduh waima rumah gomen.
terima kasih bagi duit belanja sekolah dan sesekali hantar kami adik beradik naik moto bapak yang dah menunggu tarikh luput. skrang moto tu dah arwah.
terima kasih adik-adik... ada bahagian ktkorg aku ambik untuk belanja sekolah dolok. :P
semua ya sik dapat dibalas dengan wang ringgit ... :(

Maaf...kereta saga bapak dolok sik dapat simpan sebab belanja kmkorg...
tok... kereta untuk keluarga. 

Doakan kita dimurahkan rezeki lagi..
Biar lepas tok kita berumah drikpun. Insya Allah.

Sabar itu indah bukan???
Alhamdulillah... 

Saturday, 27 June 2015

Privasi??

Assalamualaikum,

Apa maknanya privasi??
Had hidup??? Sulit??

Tak lah aku minta 24 jam waktu untuk kita...
tak juga aku menagih ruang bicara untuk aku satu-satunya..
cuma...hmm..

kita guna bahasa menghargai,
bukan untuk menidak kehadiran,
kita masih bersama,
bukan atas segalanya bernama 'CINTA' semata,

Balik nanti...bila waktu berputar seiring usia,
kau tanya saja dengan diri....
Siapa dan apa makna privasi..
bila sudah melukai org paling rapat denganmu,
tanya lagi...apa makna kongkongan...
sedang saat kau jatuh...insan yang kau beri 'talk to the hand' itu juga yang ada..

hubungan kita bukan kau boleh saja2 letak privasi...
ada ruang perkongsian di dalamnya... 
tanpa kau sedar,
kau sedang melukai....

Friday, 19 September 2014

GURU 6 BULAN

Hampir 6 bulan bergelar guru. Mendidik anak2 kecil seusia awal 7 tahun. Penat... keluh-kesah..dek alasannya tak biasa mengajar anak2 kecil seusia itu..

Hampir 6 bulan bergelar guru. Kadang2 ada rasa cemburu kpda rkn seperjuangan... yang kala ini makan duit elaun beribu ribu...sedangkan guru 6 bulan ini hempas pulas saban minggu.. menyediakan itu ini... dengan gaji sendiri.. yang gajinya berkira untuk diberi-beri..

Hampir 6 bulan bergelar guru... katanya kuat tapi ada waktunya mahu rasa ponteng2 pada awl minggu...tapi guru 6 bulan ini teguh... katanya takut2 anak2 kecil itu ketinggalan jauh... padahal guru 6 bulan ini kdg2 bangun pagi dgn muntah2,pening2, demam2, hingus-hingusan, 

Hampir 6 bulan bergelar guru... mengajarnya pula tak sewaktu pelajaran di kampus dulu.. ijazahnya pengajian sosial tapi ajarannya ilmu hisab... lalu idea entah apa2 ku turun pada anak2 kecil... yang dahaga ilmu. Malu....bukankah aku guru...serba tahu

Hampir 6 bulan bergelar guru...ada waktu aku seorang ibu...ada waktu aku selaku jururawat, ada waktu aku si tukang kayu... ada waktu aku si tukang cuci... ikut cita rasa.. bagaimana ragam anak2 kecil itu setiap hari..

Hampir 6 bulan bergelar guru.. kala belajar dulu dalam doaku ada ungkapan 'mohon dipertemukan aku dgn jodohku'... ini kali dalam doa sujudku kdg2 aku lupa aku rupanya masih dara... doanya kini persis si ibu... yang mohonnya banyak kali ' moga anak2 kecilku terang hati'...

Hampir 6 bulan bergelar guru.. iya baru 6 bulan.. aku msih punya 35 tahun lagi untuk dipanggil cikgu... ini baru catatan pendek 6 bulan bergelar guru... mungkin juga 35 tahun mendatang luah rasa ini tetap sama... yang sama cuma cabarannya... aku mahu anak bangsa terdidik dgn rukun ilmu yang saksama

Hampir 6 bulan bergelar guru... baru 6 bulan.

Wednesday, 19 March 2014

Berita Posting

5 tahun bercinta,, 5/12/2013 bertunang, 1/4/2014 akad nikah-- via Vi Na

Alhamdulillah 





p/s: Jgn lupa Allah juga bagi nikmat..#dibalik musibah :)

Friday, 31 January 2014

Family Potrait Irine Nadia Marcello

Kalau nak bercinta, cari yang halal untuk setia, kalau nak bahagia, 
kejar doa-NYA ke syurga  

Assalamualaikum.. <3
tagline di atas di ambil daripada belog  Irine Nadia Marcello
kata-kata daripada orang yang sudah bahagia :)

Maknanya kalau nak bercinta tu berkahwinlah..dan kalau nak bahagia, berdoalah kepada Allah S.W.T. Suka sangat dengan tagline tu..so terus dibuat entri ni hah.. bukan apa2 pun.. saja je. 

Tengok gambar ni..terserlah kebahagiaan :)
moga juga di kemudian hari tuan tanah begini <3

bahagiakan mereka. 

And i ...move on :)

Kajian Tindakan

Assalamualaikum,

Hye.. ada lagi benda nak habak.. Inilah akibatnya sebab tak updet belog. Cuma nak share sedikit pasal kajian tindakan. Kajian tindakan saya begini bunyinya 

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA BAGI SUBTOPIK 
PENGASASAN MELAKA DALAM MATA PELAJARAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5


Fokus kajian adalah untuk suptopik pengasasan melaka. Media untuk bercerita adalah menggunakan buku cerita yang diperlihatkan menerusi lcd projektor. Ada dua kaedah. Yang pertamanya saya bercerita menerusi powerpoint dan anak murid mendengar. keduanya pula, anak murid yang  bercerita berpandukan salinan buku cerita yang diberikan kepada mereka.  


Ini adalah sebahagian muka surat buku cerita yang saya lakarkan :) lebih kepada komik sebenarnya.


Alhamdulillah, kajian tindakan ini dah pun dibentangkan dan dibukukan. Hihi. Saya pun tengah tunggu posting. Saja nak share sedikit ilmu kepada adik-adik bakal guru semua.

**Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku cerita pengasasan melaka ini dalam bentuk softcopy sebagai media untuk mengajar boleh je bagitahu kat saya ya.. InsyaAllah boleh membantu. Sebabnya memang agak susah untuk dapat bahan mengajar softcopy bagi tajuk tu. Kalau ada pun ceritanya sekerat cuma. Alhamdulillah kaedah yang saya guna ni memang berjaya untuk membantu murid mengingat isi pelajaran bagi tajuk ni. :)

hahahahaha..mcm lah kajian hang hebat sgt!!!!! ni entri kenangan sebenarnya. Untuk kngan sya kononnya berjayalah buat kajian cam gini arrr... kurkurkur~~~