Friday, 30 December 2011

Kisah Dakwah Penuang Arak



Ba Yazid (Abu Yazid Al Busthami) adalah seorang wali Allah yang dikenali rajin bermunajat kepada Allah, kerana keinginannya untuk memasuki syurga. Satu ketika hatinya tenteram dan fikirannya seolah-olah melayang sampai ke arasy Allah. “Inilah tempat Rasulullah s.a.w., semoga aku menjadi jiran tetangganya di syurga nanti,” bisik hati kecilnya. Ketika dia tersedar dari khayalannya, tiba-tiba terdengar suara menyeru. “Ada seorang hamba yang akan menjadi jiran tetanggamu di syurga kelak. Dia tinggal di negeri ini,” kata suara itu.
Tergerak hatinya untuk mencari sahabatnya yang menjadi jiran tetangganya di syurga, Ba Yazid pergi mencari orang yang disebutkan itu. Dia menaiki unta hingga sampai ke sebuah negeri tempat orang yang disebutkan itu. Sebelum dia menemui orang itu, seorang lelaki menasihatinya. “Mengapa engkau mencari orang yang fasik dan peminum arak itu. Padahal daripada tanda-tanda di dahimu kamu adalah seorang yang soleh,” ujarnya.
Mendengar nasihat itu, hati Ba Yazid menjadi termangu. “Jika begitu suara yang menyuruhku semasa aku bermunajat itu adalah suara syaitan. Mengapa aku harus menurutinya,” bisiknya di dalam hati. Tetapi ketika dia melangkahkan kaki untuk pulang, hatinya kembali termangu. “Aku datang jauh-jauh kemari untuk menemui orang itu, aku tak akan kembali sebelum bertemu dengannya,” bisiknya dalam hati. “Dimana tempat orang itu?” tanya Ba Yazid. “Dia sekarang sedang mabuk-mabuk di tempat ini,” ujar lelaki itu seraya menunjuk ke arah sebuah tempat.
Maka Ba Yazid melangkahkan kaki menemui orang yang disebutkan itu. Memang benar di tempat itu dia melihat 40 orang lelaki sedang mabuk-mabuk meminum arak, sementara orang yang dicarinya itu kelihatan duduk diantara mereka (dia adalah penuang arak kepada mereka).
Setelah melihat keadaan yang bertentangan daripada apa yang disangkanya sebelum ini, Ba Yazid segera memusingkan kaki hendak meninggalkan mereka. Dia merasa kesal dan putus asa. Tetapi seseorang telah memanggilnya. “Wahai Abu Yazid, mengapa engkau tidak jadi masuk ke sini. Bukankah engkau telah datang dari jauh ke sini hanya kerana ingin bertemu denganku? Katanya engkau mencari seorang jiran tetanggamu di syurga nanti?” ujar lelaki itu.
Mendengar ucapan orang itu, hati Abu Yazid menjadi musykill. Dia asyik memikirkan bagaimana orang itu mengetahui tujuan kedatangannya, padahal dia belum menyampaikan isi hatinya. “Kenapa kamu begitu cepat hendak meninggalkan tempat ini tanpa mengucapkan salam, tanpa perjumpaan dan nasihat,” kata orang itu lagi yang membuat hati Abu Yazid menjadi semakin tidak mengerti dengan apa yang terjadi.
“Sudahlah Ba Yazid, kau tak perlu banyak berfikir dan merasa hairan. Yang menyuruhmu datang kemari telah memberitahukan kedatanganmu kepadaku. Masuklah ke dalam dan duduklah sekejap,” ajak orang itu. Dengan sedikit keraguan Ba Yazid menurutinya masuk ke rumah dan duduk di antara mereka yang sedang mabuk-mabuk itu. “Wahai Ba Yazid, dulu ada 40 pemuda Islam yang suka mabuk-mabuk seperti apa yang engkau sekarang. Kemudian aku berusaha mendakwah mereka dan mereka sudah berhenti dari kefasikan itu .
Dari segi syarak sememangnya haram hukumnya bekerja sebagai penuang arak.Tetapi lelaki ini telah dikecualikan oleh Allah atas dasar dakwah. Oleh itu berdakwahlah dimana saja mengikut kemampuan dan kepakaran.


sehujung kuku

Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/cinta-sehujung-kuku/#ixzz1i0gEnlHL

Sunday, 25 December 2011

fakta urangpuan

Assalamualaikum...

siri Girls Power Today

Fakta Ompuan.
Amaran: bacaan agak ilmiah

Fakta 1
Ompuan anggap pegi shopping ya pake nya terapi yang mana laki sik dapat tahan untuk 20 menet sekalipun.
Sebab Women Needs A Reason, Guys need A Space. Got it. Jangan butthurt lah mun bapak, abg, gerek itak urang sik mok shopping lamak-lamak.  Another fakta yang seangkatan, nang lanjor jak kaki ompuan shopping..kes kehilangan mak, makcik di india strit, spring, parkson ya satu kebiasaan lah bagi laki. Kesian laki terpaksa becarik sia sitok. sabar arr...jangan moha. fitrah ompuan ya bah..

Fakta 2
ompuan ada peripheral vision di mana luas penglihatannya 180 darjah. 
penglihatan lelaki lebih fokus, tunnel vision. 
kira ompuan tok senang scanning banding laki. Laki nya harus nangga sigek-sigek. one by one. sebab ya mun barang hilang ompuan mudah carik. kes-kes kehilangan barang tok urang laki jak banyak. kedak ilang kunci keta lah,..yalah slalu kenak anok b.a.b.o. arumbulak rok tangan dipun sik sedar. pengecualian kes becarik barang rok supermall. laki menanglah. Sebab sidak fokus bah. sidak akan carik exactly da same thing yang dalam hutak daknya. mun ompuan tok tek bila nya nangga terlalu banyak pilihan nya susah mok molah keputusan. Gia juak dengan bab parking keta. yalah boh heran kaum Adam mun kitakorang senang kantoi bila cuci mata...tapi agak sukar mok mengkantoikan ompuan nyelin-nyelin laki lain. ok.jangan moha. fitrah ompuan ya bah.

Fakta 3
Ompuan lebih alert dengan bunyi tajam banding laki. sebab ompuan dah disetkan, diprogram dengar bunyi baby nangis tengah malam. kemahiran yang maha hebat tok nyebabkan ompuan dapat beza bunyi tone sora, perubahan tone sora and pitch yang belainan. 
dilaog tipikal:
mieyna : Boh bunyi  pia gilak klaka ngan kamek!!
zul: ???

jadi, kaum Adam, jgn la heran gik dengar dialog gia. Fitrah ya bah

Fakta 4
ompuan ada kemahiran komunikasi lebih bait dr laki sebab hutak ompuan dah diprogramkan untuk bahasa. hutak ompuan ada corpus callosum nok lebih tebal banding laki ketegal hormon oestrogen membantu pertumbuhan sel nok menghubungkan duak-duak hemisfera hutak. lebih banyak sel behubung lbh bagus speech kita. Yang gagap-gagap kaka biasanya laki nak. Admit la ok. Sebab ya bab bersusey berik jak ngan ompuan. Lak ompuan handle. don worry ok. fitrah ya bah

Fakta 5
Ompuan low sikit *sikit* bab kemahiran spatial. (spatial bekaitan dengan ruang, bentuk...) sebab ya jangan berik map ngan urang puan. memang kamekorang slow baca map. Sikmok ulas lanjut. Lalu down kamek eyh.

Fakta 6
Bila mana ompuan betanyak pendapat baju nok dipake daknya, nya mengharapkan DETAILS bukan sekadar aok, ok dah ya.. kacak eyh., nice bah. 

Fakta 7
Ompuan salu nya meninggikan sora k nunjuk dirik nya boss..yang bekuasa. sebab ya lah mun ompuan kelae sora terbabak-babak.

Fakta 8
Ompuan nok ada sora dalam-dalam dikatakan pande, tegas, profesional...

Fakta 9
Ompuan ada mimik muka yg banyak banding laki. contohnya bila ompuan besusey, ekspresi muka harus ada ngekot jalan cerita. mun urang laki,sidak rileks jak..cool jak. Kebiasaan gilak la ompuan ilang mood bila mok becrita ngan laki. cam sikda perasaan jak walhal crita ya tek lucu. lalu down kamek eyh..*aie2..tiba-tiba down* pengalaman drikpun bah.

Fakta 10
Bagi urangpuan maksud sebenar sesuatu perkataan sik penting. sebab yalah mun klae biasa dengar dialog tok 

Kitak nang SIK PERNAH dengar kaka kamek
Kitak nang SELALU macam tok..
Kitak nang SIK KESAH LANGSUNG pun ngan kamek..

padahal tek neyda nya lalu gilak camya nak.

huhu.. butthurt kamek eyh

Fakta 11
ompuan lebih suka tanyak make perkataan CAN or COULD--boleh sik..?
then laki tek lebih suka pake WILL or WOULD-sudi sik, mok ka?...untuk lelaki gentleman sahaja.


Fakta 12
ompuan suka berkias-kias. sik suka kaka direct sebab urangpuan ada problem ngan confrontation tapi lebih suka bebincang. 

Fakta 13
Mun urang puan banyak kaka ngan laki ya bermakna nya suk dengan lelaki itu. tapi mun tiba-tiba jak nya kurang kaka ngan laki ya datz mean something wrong somewhere.

Fakta 14
ompuan ada multi-track which is sangat-sangat berguna bila bersusey. urang puan boleh kaka semua topik dalam satu-satu masa and boleh skip-skip topic. SO, jangan heran kaum Adam bila mana gerek kitakurang, girls friend kitakurang mengubah-ngubah topic diloyar. tup-tup melelat ke crita lain. normal ok. bukan sebab boring nengar kitakorang kaka~~

Fakta 15
Ompuan ada vocab or tatabahasa dan nahu nok lebih luas dan hebat banding laki. Amat biasa mun ompuan pake words yang pelbagai, ayat nok panjang utk menyampekan crita. Sebab ya esei urang puan panjang gik dari laki. tangga entri blogger ompuan mostly panjang nak padahal tek juz mok crita sal baju baru, outing sia sitok...macam entri tok juak *banyak bah mok dicrita ya -_- Urang laki pake words pendek, tepat dan padat. Its normal... 

Fakta 16
Ompuan susah mok ator benda-benda sigek-sigek dalam hutak. semua benda harus di listkan sigek-sigek. macam shopping list.. rutin harian pun mok dilistkan.. -_- terasa kamek eyh

Fakta 17
ompuan suka kumpul rami-rami depan tb bukan niat sebenarnya mok nangga tb tapi untuk beloyar..besusey. sebab ya urangpuan sik suka nangga crita complicated. 

Fakta 18
Ompuan suka klakar..suka beloyar so bila mana nya nangga urang laki diam jak nya assume laki ya ada problem.. *camya tek ow

Fakta 19
Ompuan sangat-sangatlah alert ngan rasa manis banding laki. Datz why urangpuan lebih menghargai coklat, strawberi, eskrem banding laki.

Fakta 20
hanya 10% jak ompuan ada pemikiran macam laki. tap 15-20% lelaki ada pemikiran ompuan. so, jangan moha bila ompuan sik berapa paham kaum Adam ok. fitrah ya.

Fakta 21
Ompuan ada kebolehan molah banyak keja dalam sigek-sigek masa. Arumbulak, masa tengah masak boleh gik berkol, boleh bermesej, boleh ngerepak, boleh nangga tb. suma ya dalam satu masa yang sama. terer sik. tapi laki sikdapat camya. laki bila nya nangga tb jangan dikaco. urang tengah fokus bah. bila tengah kol nya kan slowkan volume radio... so, jangan moha urangpuan bila mana laki sikmok layan mesej kita masa sidak tengah molah keja. jangan merungut madah "kamek pat mesej kitak 100 kali tapi kitak sigek mesej kamek pun sik dapat reply, kamek pun tengah print keja tok" tok nang tipikal problem bagi kapel.*terasa kamek eyh

Fakta 22
Ompuan ada deria bau lbh tajam dari laki. Tahniah urangpuan! Tahniah ladies!

Fakta 23
ompuan ada kulit yang lebih nipis dan lembut banding laki. sebab fitrah urangpuan dicipta untuk memberik keselesaan bila melok baby and husband.. 

Fakta 24
ompuan ada 2 kromosom x nok peka dengan jenis-jenis rona. Sebab yalah ompuan lebih kenal and alert ngan rona aqua, teal....sedangkan laki tauk warna common and asas jak macam merah, biru.. Tahniah ladies!

p/s: sik semua fakta ya tek betul dan benar bagi semua ompuan. tapi kebiasaanya sebegitulah. 

Saturday, 24 December 2011

sebangkoi

Assalamualaikum

Hye peeps..
Kamek KLMJ hari tok.

Mala jak teringat kenangan lamak. Teringat kamek ngan arwah pakwa kamek. piluk hati kamek ngenang nya. kamek dah anggap pakwa kamek ya kedak bapak kamek mpun. Teringat masa bejalan rok ck dolok. nang bait bena urang tua ya. Al-fatihah untuk pakwa. Amin. kamek teringat gik masa bejalan ngan pakwa  raon di sebangkoi sarikei. kira 4 tahun lepas kah...ka limak tahun yang lepas..sebelum kamek masuk maktab la. Sebangkoi ya ada aik terjun. Yalah kamek beragan hati mok ngagak sia. dalam sebangkoi ya....nang creepy..seram. kamek sik tauk la urang lain. bagi kamek nang seram juak la rupa nya. kali kinektok sik kedak ya gik kot. kamek tok penakut juak sebenarnya. mok nuju ke aik terjun ya mesti nait turun tanggak batu. tauk sik tanggak ya seram!! melampau lampau penakut kamek masa ya. suma seram. nin dak mek madah camya. licin bena tanggak nya. dahla curam bah. bagi kamek la..sik tauk la bagi urang lain nak. kamek duak kazen kamek tek begegar-gegar kaki nait turun tangga. kamek nangga kazen mek sorang gik rilek jak nait. slumber jak rupanya. kamek duak lucu da jak. nait tanggak ya tebongkok-bongkok. dahla lepar licin masa ya. mala jak limpas urang tua. urang tua steady jak nait. tang kamek duak tek slow skali jak. Alhamdulillah lah sik da apa-apa..sik juak sampe ke aik terjun. turun mandik sungei jak. bukan apa dah sik larat gik nanggung rasa takut ya. masa mok balit ya...terpaksa gik make tangga ya tek. nang mencabar la bagi kamek.. kali tok ketegal takut gilak. dahla kazen kamek cita ada orang mati tegal tegugok dari tangga ya. apa gik kamek. begegar lah  nyawa. last-last kamek duak turun tangga pake burit jak gik. hahaha...dapat sik imagine? nang eksen-eksen la dudok rok tangga. dikit-dikit mek duak turun. kazen kamek nak steady ya lekak lekek jak tetak. nang jatuh saham mekduak masa ya. sabar jak la. start hari ya kamek jerak mok pegi sebangkoi. ya adalah second time kamek ke sia. first dolok masa kamek gik kecik gilak. nait tanggak pun gik ngibe mak. mintak ampun jak eyh..sik sanggup mok nait sia gik.

Actually..jalan sebangkoi yalah pakwa kamek eksiden. masa nya keja. banyak urang mati eksiden sia. urang madah sia nang jalan mintak nyawa. kamek tiap kali balit pake bus melimpas sebangkoi gerenti kamek takut. sik nyaman nyawa. sia lah kamek berdoa bena-bena. 

ingatan di spring

Assalamualaikum..

maaflah kamek sikda cerita lawak. kamek ada cerita sadis jak. kamek teringat kisah kamek baruk bejalan rok spring. KLMJ bak kata abg e. sapa sik tauk KLMJ bagus bukak belog abg e. belajar bahasa short-short ok. bukan sot-sot. ke lain gik dah. kamek jarang bejalan. bukan kaki jalan. so bila mana nemu benda tepelik sikit lalu sakai..lalu kejutan budaya. gia juak lah rupa kamek first time menjejakkan kaki di spring. sak jak spring ya sik da lah jauh ne pun dari rumah kamek. mun bebasikal adalah dalam 10-15 minit. bena ndak tok kah.. agak benar lah ya..haha ya pun kamek pande ada hati bejalan sia tegal kamek di ajak kawan kamek. nya tok nang kaki bejalan. sia sitok bejalan. maok nyawa nya raon. kamek tek ngekot jak. Sik ke lain. mok nangga movie jak masa ya. kotan dah lamak gilak peristiwa tok tek kamek sik ingat cerita apa ditangga mek duak. ya rupa MBO nang kacak masa ya. kamek lalu sakai. sik lah kamek nunjok tek nak. jatuh saham kelak. dalam hati kamek ya rabbi bulb tanggak mbo tok gemerlapan jak..rasa artis jak nait tangga. 

Gia lah rasa kamek tek. dah lah suk nangga sebab MBO..ramey lah urang ke sia. best bha nangga movie rami-rami. selamak tok syukur jak nangga rok alakat..rok parkson. nang penuh lah sigek panggung. nang sikda can membiak mok molah adegan 18sg.. kotan rami gilak urang begegar kaki kamek carik tempat dudok. udahlah masa ya gelap. mata kamek tok dahla butak. begegar turun tangga. nasib tempat dudok tengah-tengah. sikla jauh gilak bejalan. Kinektok mun mok nangga wayang pilihan kita mesti MBO ow. Kamek balit cuti tok tek sik bejalan. sik ngabas MBO pun. jangan kan MBO,, India Strit pun sik tekabey mok ngabas. 

G spring arum bulak semata-mata mok nangga wayang jak nak. lekak ya ngisik perut. lalu teringat kamek ngan igloo di sarikei. apa class igloo rok spring...stall ajak. igloo di sarikei nang sebigik kede khas untuk igloo jak. kede igloo. waima baruk sekali pegi sia, waima nya sikla sehappening gne-gne pun...rasa fil dudok dalam kede ya. Sebab rona kede ya tek baby blue. tegal igloo la kamek lalu minat rona baby blue. lamak tok nak alah-alah rona coklat, pink.. and kamek mesti akan beli igloo perisa coklat...lom gik kamek merasa perisa lain. serius tok.. haha. untuk chenta. kelak kita ke sia k. *maok juak tek*. makanan tipikal kamek biasalah nasik arab...sapa rasa nasik arab nyaman ucap tahniah kat drikpun. taste kita sama. lekak ya ada big apple. sapa beli big apple tegal nya kiut angkat tangan...!! kamek beli tegal nya kiut jak sik la nyaman ne pun donut big apple.kuih gelang maknek kamek nyaman gik. lekak ya kamek sakai ngan MPH bookstores. Kamek masuk dalam ya tegal mok ngambik fil ilmiah. sikda lah... best tauk sik. tapi setakat tok kamek lom ngeluar duit beli buku di sia. Kelak-kelak la. ada hari lak. tunggu elaun masuk. kompem beli novel. 

ya jak la yang best nya rok spring bagi kamek. so sakai kamek tek sik lamak sbenarnya. lejuk bah.
btw..amalan sik mulia selalu gilak nyebut sakai. ingat ya. tersedak kaum sakai di pahang kelak. 
bubye..

kamek dan life

Assalamualaikum..
hye ladies. forgetful lady ada mok ceciter.
Rajin sik kamek update belog. rajin nak. sebab dah sikda benda gik mok dipolah. layan belog jak la. haritok rasa mok cerita sal hidup. lamak dah sik cerita sal hidup. -hmm..bukan hari-hari kah kamek cerita- hmm..kali tok mek mok cerita pasal hidup-hidup masa lampau. gine mek boleh masuk maktab dan sebagainya. waima cerita tok mungkin lapok dah. kali orang mok dengar pun panas telinga. kisah lamak tek nak tapi untuk mengingatkan dirik pun jak sebenarnya. kelak mun dah tua, dah ada anak *ceyh2* boleh la baca entri tok. lepas ya tetak drik pun. bayangkan~~masa dah tua kmk masih beblog. mesti cerita hal cucu. haha. hmm..skip-skip. lalu ke sia indah. 

masa zaman sekolah dolok kamek tok nang mbiak top. owest keep myself at da top and da rest at da bottom la. haha..udah macam bangga dirik jak eyh. kamek bukan mok bangga dirik mok meninggi dirik tapi tok kisah benar. k ngingat dirik pun. sik semperna pun rupa kamek nektok duhal tek top juak masa menseya dolok. cmya tek ow. kiranya kamek termasuk dalam golongan student nerdy sebab dengan buku jak-jak. udahlah librian gik ya. Tapi top kamek ya tek sekadar top dalam kelas. hakhakhak. sikda la top gne-gne pun nak. Dalam top ya tek ada juak entingal nya. nak alah-alah ponteng kelas. lekak ya bulak cikgu. pernah sekali cikgu lesit tinga kamek. tegal berolah gilak. kenak lesit jak tek--aok bah, sakit ya eyh-- dan geng kamek sik juak tentu olah nya. nasib juak kamek ada kesedaran masa ya. sik ngekot urang sebarang. ujong-ujong nya tek hidup kamek kedak nerd la. hari-hari prepare k exam jak-jak. arum bulak kedak urang anti sosial.  

ada sebab kamek camya. bukan kamek tok anti sosial. salah sama sekali. sebab kamek ada kesedaran dan ada rasa tanggungjawab serta tanggungan di masa hadapan. ya yang kamek pikir. kamek tok bukan urang kaya. nak cerik rasa mewah nang jauh sekali. sederhana jak. rasa tanggungjawab mok ngubah keadaan kuarga ya untuk lebih senang nyebab kamek bertungkus lumus belajar. hati nang bersih suci zaman ya tek. *hakhakhak..suci ker*. 

kamek ada chenta masa menseya dolok. tp nya tok bukan bf kmk. kmk sik bergerek pun zmn sekolah2 ok. bait sik. chenta tok rajin juak la belajar. anak cikgu katakan. walopun mk duak sik bergerek tapi chenta tok la berik impak maksima dalam hidup kamek. bleh kata first love kali.. hihi. ada cerita di sebalik ya dan tiba2 chenta hilang. so bila nya sik da gik tek lalu rasa kehilangan benar-benar. sak jak masa ya gik membiak. untuk buang rasa sedih yang teramat ya kamek membusykan dirik dengan belajar. sampe jatuh sakit seminggu. ingat gik masa ya. pegi klinik dengan bapak. doctor ngecek kamek ya laki. nang hansem gilak-gilak mukanya. bayangkan kamek yang sakit teramat masa ya masih dapat gik berkira mok muji doktor ya. nang hansem. yang sadisnya muka kamek masa ya rupa orang lekak mati laki. sik semperna lalu jak. malu aie... ya lah sakit paling teruk kamek pernah rasa., demam, flu, sakit gigi dalam masa yang sama. tedah ada jak. mok makan pun duak sudu jak dapat masok. bena aie...tegal belajar tek nak. bukan tegal heartbroken ok. haha...

alhamdulillah result pmr kamek cemerlang dan gemilang. terharu la masa ngambik result. balit rumah lalu betangisan. sik la nangis depan urang. malu bah nangis depan urang. haha. kmk nangis kotan hepi gilak. rasa bebaloi la pengorbanan kamek sik nangga tv setahun (cerita benar) dan tido 4 jam jak sehari (cerita benar) tegal belajar. mesti kitakorang mikir kmk tok sik fun nak.sikda life. --aok masa ya kamek sik fun-- kamek sik main-main.. serius. ya lah life kmk masa ya..

result pmr dah cemerlang of koz masuk aliran sains nak. SALAH sama sekali. kamek reject offer masuk sains  ya walaupun terpaksa face pengetua, cikgu-cikgu yang rasa sayang mun kamek sik masuk sains. seminggu juak la mujuk cikgu. ahernya kamek dapat kuar juak dari kelas sains tegal hati kamek tok keras gilak, kotan mok kuar sains tek nak. Ketegal kamek kuar sains ya orang madah kamek b.o.d.o. sik tauk syukur.. bena.. nin dak result pmr gempak tapi sik mok masuk sains. orang lain kembang idong masuk sains. kamek tek sik mok. tegal ya lah orang nganok kamek. Tapi kamek pekak kan tinga. muka kamek tebalkan sepuluh inci pake nutup malu orang madah kedak ya. Sikhal mieyna. Sabar jak la masa ya. Tauk sik...keputusan kamek kuar dari aliran sains ya adalah keputusan paling tepat kamek polah. sampe kinektok kamek sik menyesal. aliran sains ka aliran sastera ka sebenarnya kejayaan ya terpulang kat dirik sendiri. Jadi know urself well. mun rasa sik mampu mok masuk sains,, rasa jiwa bukan jiwa sains jangan masuk sains. jangan tegal mok kembang idong semata-mata ok. camya juak idup. jangan tegal mok bergaya..mok orang pandang tinggi kita hilang diri. Faham sik...*lalu motivasi kamek tok*

kamek masuk aliran teknologi yang sebenarnya boleh dikatakan aliran sastera. yang membezakannya dengan sastera, teknologi ada subjek add math, ict/ tmk and est. nok lain macam biasa lah. kamek rela masuk teknologi walhal kamek megang komputer pun begegar-gegar masa ya. rumah kamek neyda komputer. subjek tmk tok banyak praktikal dari teori. boleh kata 95 % adalah praktikal semata-mata. Jadi, harus ada komputer di rumah. tapi family kamek sik mampu mok beli komputer.*sadis sik* ginelah kamek mok molah kerja ow.. kat sekolah nang la ada makmal komputer..memang khas untuk membiak teknologi tapi bila keja banyak, terpaksa la jadi homework nak. kamek dah la slow masa ya. nang butak IT. basic kamek cuma chatting mirc jak *kan masa menseya dolok mirc fofuler..hikhik. sanggup berabis duit pegi cc tegal chatting jak* ya jak la basic kamek. so, usaha kamek tok tek perlu berlipat kali ganda dari membiak lain. mun mok molah keja terpaksa kamek pegi cyber. cyber paling fofuler masa ya cyber di wisma satok. tingkat atas sekali kan ada cyber. kinek tok cam sikda gik nak.. sapa gik ingat kede tauke nya ompuan. bebek-bebek kaka. sia lah cyber feberet kamek. sorilah kamek sik tauk nama cyber paling berjasa bagi kamek ya. 

kamek nunggah cyber ompuan bebek jak lamak tok. *jaik na* cyber ya agak murah banding dengan cyber lain. sejam seringgit. mun cyber lain ada yang sejam duak ringgit. biasanya kamek pegi hari sabtu and ahad. masa kamek nang berabis dalam cyber ya jak la. urang lain berfoya-foya raon-raon hari minggu kamek molah keja. keja nok tetunggak masa hari sekolah bha. hari minggu la kamek berhempas pulas pegi cyber molah keja ict ya. nang kamek sikda life. *tauk kitak org mdh cmya nak* tauk bah. biasanya kamek pegi tengahari jam 1 jam 2 pasya balit waktu maghrib (cerita benar). kadang-kadang dari pagi kol 10, kol 11 balit petang kol 4 cmya and selalu juak kamek balit kol 9 kol 10 malam. cayak sik. Camya la hidup kamek dolok selama duak tahun.

 Sine kamek oleh duit pegi cyber berjam-jam ya? pake duit bah pegi cyber. pk free ka.. *lalu moha tek nak* kamek simpan duit mak bapak mek berik pake sekolah. tauk sik berapa kamek oleh sehari.. seringgit jak. RM 1 jak..mun nasib bait adalah RM 2. kamek rela sik pake bus mok pegi balit sekolah. tegal jimat. rela kamek bejalan kaki. jauh sekolah kamek ya.. nait bukit gik ya. ngembak beg berat-berat. bepanas behujan. kadang-kadang kenak kaco urang laki. kadang-kadang kenak kaco urang gila (cerita benar) urang gila banyak di bandar kuching. tapi kamek tahan jak. tauk bah.sedar hidup sik sesenang urang lain. masa rehat kamek pegi library. kamek dolok pengawas. ada hari kamek betugas masa rehat. dari duit yang kamek kumpul ya lah pake kamek polah keja di cyber. balit sekolah ngemas rumah. mak kamek keja bah. bukan kerja kolar putih kolar biru tapi kolar kuning. *nak pa ya* haha...saja jak nambah kolar kuning. Mak kamek keja tukang cuci. (cerita benar) sampe ke hari tok. Waima abang kamek pun dah bekerja tapi nya stil mok keja juak. Nya madah tunggu kamek dah keja kelak baruk nya berenti. Datz why kamek sik sabar mok graduasi. mok keja cepat-cepat. sambung gik arr..balit umah lekak kemas segala bagai terus molah homework lah. molah revision. cmya la life kamek. sikda word main and fun. *mesti kitakorang madah boring nak* aok nak boring. kamek ngimbas balit pun rasa sadis jak. tapi kamek sik menyesal hidup kedak ya. kamek proud!

and then result spm kamek kira tahap cemerlang juak lah. waima sik straight As...tapi bersyukur gilak. rasa bebaloi pengorbanan kamek selama tok. walhal spm jak tek nak. ya kata urang tapi kamek tek nang sentiasa kembang idong mikir pencapaian spm tek bah..*up sikit sik salah nak..lamak dah sik ngeUP dirik* lekak ya kamek masuk form 6. form 6A4..membiak historian. hihi. zaman form 6 baruk kamek release sikit-sikit keseriusan hidup. zaman ya tek baruk kamek reti mok begaul HUHAHUHA dengan membiak laki. Serius! bena! tapi untuk chenta belum lagi...haha. kiranya chenta kamek masa dolok-dolok masih dalam kenangan. camya tek ow..haha.*jiwang* Dalam kamek lower 6 ya kamek ada mintak maktab. tapi hati kamek tersentap. bila mana kamek kenak reject. Masa ya kamek down gilak-gilak. rasa macam lalu musnah impian kamek mok jadi cikgu tek. Nangis kembang bigik mata. nang sikda mood langsung. Kamek nang rasa dunia tok sik adil. kamek rasa Allah sik adil ngan kamek sedangkan lamak tok kamek beruasaha, dengan pengorbanan yang segala bagai untuk dapat kputusan cemerlang dengan harapan dapat masuk maktab. Baruk kamek tauk tinggi rendah langit. kamek tek kompiden jak madah dapat masuk maktab dengan pencapaian spm yang cemerlang ya tapi kenak reject. Tapi disebabkan kewarasan pikiran masa ya kamek mintak rayuan la. Disebabkan down and sik mok mengharap gilak kamek TERLEPAS INTERVIEW MAKTAB...duhal tek kamek kenak tunggah balit. tapi kamek melepaskan peluang ya gia jak. ketegal putus harapan. *sadis sik* 

So...kamek sik mengharap gik mok masuk maktab. kamek tolak jauh-jauh harapan ya tek. Kamek sik tauk hala tuju kamek masa ya. Terpaksa kamek carik minat lain. Kamek minat mok jadi pyschology..*bena aie..haha..tapi pelik nya kamek selalu di pyscho orang* hm...mun sik pun kamek jadi peguam..PUSS semangat. Muka kamek jadi peguam tek nak. haha.... so kamek fokus dengan stpm jak la. study hard giler-giler masa ya. Tapi disebabkan bapak kamek beragan gilak nyuruh mek masuk maktab kamek apply sekali gik. Pegi interview dengan saki baki harapan yang tetinggal dolok. Tapi jujurnya kamek sik mengharap gilak. Dalam tempoh nunggu result maktab kuar kamek fokus 100% ngan stpm. Bagi kamek mun dapat rezeki.mun sik dapat sik hal. Dan nang bena rezeki kamek masuk maktab. Dapatlah tiket jadi cikgu. Nangis kesyukuran masa ya. 

kinek tok dah tiga tahun kamek di maktab. tinggal duak tahun gik mok abis. Dah macam-macam kamek lalu sepanjang di maktab. semua ya mendidik kamek jadi lebih  baik. mudah-mudahan tek nak. Masa di maktab juak la kamek bertemu chenta baru tapi chenta ya sik kesampaian. Nya datang cuma mok bukak pintu hati kamek ngan urang laki jak. Lepas ya.. kamek temu chenta baru. tokla chenta kamek ada kinektok. kawan kamek juak. sama-sama sigek kelas. sama-sama bakal cikgu. :) Harapan kamek mudahan mujor joros. Mudahan kamek dapat graduasi. mudahan kamek dapat kerja. mudahan kamek bahagia dunia akhirat. Amin.

*tok luahan bakal guru...untuk bakal murid-murid pada masa mendatang..woseyh..hihi*

edit belog punya pasai

rasa mok buang jak gambar-gambar dalam belog usang tok. tapi rasa sayang. kelak ada gik tanganku kenja mok ngedit belog. sak jak resultnya lebih kurang. rasa macam ceria gilak belog ku tok tek nak, rasa macam kanak-kanak riang jak tapi tuan punya belog sikla seceria gne pun. nak alah-alah perasaan hati tersentap. udah gik moha ya. sik bagus. 

hati tok madah mok belog suci bersih. juz nice and clean tapi disebabkan kerajinan yang terlampau dasyat tangan tok nak alah-alah mok ngedit sia sitok. belog lysaa udah jadi faberet. klik tok tutorial belog kiut. Nak alah-alah nangga tutorial  belog untuk menceriakan belog kunonnya tek. Sak jak hati aku sik seceria gne-gne pun. 

Camne ow..??
hmm..... sikpa lah..sik penting. Jangan riso. Belog usang tok aku pun nulis aku pun juak bacanya and untuk pembaca tegar. 

untuk chenta. bukan kamek sengaja-sengaja mok buang gambar kitak. header dah penuh sikdapat nyelit pic kitak gik -*ok..antap bulak* kamek sikda alasan koh. sik nyaman jak hati kmk mok kah gambar kitak. ukan takut orang madah ngeso ada gerek. cmya tek ow.. bukan ok. sik ada. tangga sidebar kamek ya. udah ada ruang untuk pic kitak ya. mudahan kitak la urangnya Blush. InsyaAllah.
Kmk berik semangat ngan kitak tok. Bayangkan mun ruang pic ya tek untuk kitak..Bayangkan~ tapi sori chenta. bayang jak sik cukup. usaha harus ada. Embarrass. ermm..sik bagus ompuan mengorak langkah kaka hal tok eyh. Hal apa 2?? err,,,,, SIK MANIS OK!

pastok azam aku senang jak..aku sik mok molah apa-apa rok belog aku gik. Kelak belog aku jadi belog sekolah tadika. TIDAK..
Udah gik ngedit. Stop. Ok
Salam

ngereps

ok sentap rasa jiwa aku tok..
lemah da jak asa nyawa..

aok benar aku nang gila baca belog.. 
tapi belog cool ok..
cth belog cool mun sik tauk tok nya
dan yang seumpama dengannya yang aku list kan kat sidebar.. ya belog cool ok. Faham

sikda aku baca belog 18sg...belog murahan. 
tolong faham..aku berabis masa gitok sebab aku sik tauk mok molah apa..aku cuti nektok ok. Ada faham.. bukannya aku sikda life. nang bena aku update belog usang aku tok 24 jam waima sebenarnya sikda benda pun mok di cerita aku tek. nang bena koh aku boring tahap gaban. rasa nak ngempas dirik jak.
chenta pun berangin masa tok. sentap juak hati aku eyh. T_T 

sebenarnya aku sik tauk aku mok ngereco ngan sapa tok..
ngereco dirikpun...ada juak gia ow.sikda hal asal aku hepi. HEPI..huhahuha jak rasa.
bena tek HEPI
sadis aku tok sebenarnya. SADIS gilak!!

Friday, 23 December 2011

keistimewaan wanita

"Susah lah jadi wanita tok..."

"Sik best na jadi ompuan...sik cool bha. sik mencabar lalu jak"

Amboi...jangan hina diri sendiri ya ladies. Nanti Allah marah. Jangan hina ciptaanNya.

Sepatutnya rasa syukur dan bebahagia lah jadi ompuan.??

Kenak??

Sebab

 Mudah masuk syurga.Daydream
Benalah ?

Aok.. dengan empat syarat jak..

1. Solat penuh lima waktu sehari. Nod
solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak dipolah dalam keadaan tawaduk dan istiqomah selalu. Bukan setiap masa pun. Allah mudahkan dan ringankan solat kat ompuan. Waktu tertentu macam haid, nifas ne pelu solat nak. Sebab Allah tauk fitrah ciptaanNya. 

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : 
“Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)



2. Posa di bulan Ramadhan.Sweat

Sebulan jak...arum bulak sik berasa pun posa sebulan ya. Rasa mok tambah gik hari posa ya adalah. Kenak? Sebab hikmah posa yang sik terhingga. And waktu jepun melanda ne pelu posa nak tapi diwajibkan ganti..best apa posa. Sapa-sapa mok diet ya nang bekesanlah mun melakukan posa tok dengan istiqomah..tapi jangan lupak. Niat asal kita posa ya semata-mata kerana Allah. Jangan riso. Hikmah beposa ya sangat-sangat la banyak. 


3.  Menjaga maruah Hero
Jaga maruah dan kehormatan. 

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. 

Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. 

Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. 

Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)


4.  Mentaati perintah suami. Flower

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Thursday, 22 December 2011

belajarlah bersyukur

Assalamualaikum

bahagia tak?

kalau tak bahagia?

tak apa...sebab itu normal

Glass

kepada yang rasa tak bahagia tu mieyna nak kongsi kata-kata yang mieyna baru belajar sejak semenjak ni

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.”~ (Al-Baqarah 216)

“Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya..”

dengan erti kata mudah....
belajarlah bersyukur...

I'm free!

kan ladies. jadi berbahagialah. Smile!