Monday, 13 June 2011

KURUS itu jelek???

salam...hye ladies sekalian alam..

nak luah perasaan kat korang...huhu

bodoh tak aku kalau aku mintak nak jadi budak gemuk..terus tukar nama blog fatty lady. korang obses tak dengan bentuk badan? dulu-dulu aku tak kisah pun semua tu tapi sejak semenjak dah beribu kali orang tegur aku kurus kering *which is bad* aku rasa termalu pulak. kot-kot orang cakap aku tak cukup makan ke apa kan. or aku ni diet, jaga badan sangat ke. Jujurnya aku tak diet pun. pun bukan tak cukup makan. mak bapak aku dah bagi cukup-cukup. tapi Alhamdulillah setakat ni kurus aku kurus yang sihat. takda pulak penyakit kronik ke apa.

aku tak kurus macam ni ok!! mak ai keringnye. kesian lak aku tengok

masalah aku sekarang ni aku kuat makan tapi badan tak nak menjadi. dah cuba makan vitamin tapi tak ada hasil dan aku rasa solutionnya pun bukan dengan makan vitamin. masalah hormon kot kan. aku jelez bila tengok orang berisi sikit. kadang-kadang aku nak cari baju pun susah. baju -T kalau dah lepas dari saiz M tu dah kira macam baju labuh la pulak kalau aku pakai. tu yang merencatkan plan aku nak beli baju online store ni. kalau terbeli yang besar kan menyusah kan diri je nak outer lagi kan. susah betol. tambah lagi satu masalah dengan kaki aku yang kecik ni. hari tu aku nak beli high heel untuk pegi kuliah. punyalah susah nak dapat heel yang betul-betul ngam dengan saiz kaki aku ni. aku guna yang saiz 4 or 5. itupun kalau pakai yang saiz 5 tu aku kena pulak taruk tisu kat dalam hill sebab still longgar. Pegi survey kat BATA pun takda. sebab saiz 4 diorang tak wat lagi. haru tak... adakah sepanjang hidup aku nak taruk tisu-tisu dalam kasut.

cantik tapi ada saiz aku tak??


p/s: sepatutnya aku syukur kan. ada orang tak da kaki pun.

2 comments:

comeseefirst said...

kurus? kalau keding tu jgn, dasyat sgt,aha.
tp kalo kurus sikit2 tu ok jek ape..
alah tak kesah jek owg ckp ape,asl ideal which is BMI okey tu cukup dah,aha..



pandangan sendirian jek ni :D

Felicia Richard said...

relax la. saya pun kurus gak tapi saya rasa awak ok lagi la kot. awak takde penyakit kan. :)
sometimes vitamins don't work on certain people, like me. LOL

yang bestnye psl menjadi kurus, kita boleh makan banyak mana pun tapi badan still maintain je. tak gemuk2, kan? hehe enjoy your life. >.<