Friday, 23 December 2011

keistimewaan wanita

"Susah lah jadi wanita tok..."

"Sik best na jadi ompuan...sik cool bha. sik mencabar lalu jak"

Amboi...jangan hina diri sendiri ya ladies. Nanti Allah marah. Jangan hina ciptaanNya.

Sepatutnya rasa syukur dan bebahagia lah jadi ompuan.??

Kenak??

Sebab

 Mudah masuk syurga.Daydream
Benalah ?

Aok.. dengan empat syarat jak..

1. Solat penuh lima waktu sehari. Nod
solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak dipolah dalam keadaan tawaduk dan istiqomah selalu. Bukan setiap masa pun. Allah mudahkan dan ringankan solat kat ompuan. Waktu tertentu macam haid, nifas ne pelu solat nak. Sebab Allah tauk fitrah ciptaanNya. 

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : 
“Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)



2. Posa di bulan Ramadhan.Sweat

Sebulan jak...arum bulak sik berasa pun posa sebulan ya. Rasa mok tambah gik hari posa ya adalah. Kenak? Sebab hikmah posa yang sik terhingga. And waktu jepun melanda ne pelu posa nak tapi diwajibkan ganti..best apa posa. Sapa-sapa mok diet ya nang bekesanlah mun melakukan posa tok dengan istiqomah..tapi jangan lupak. Niat asal kita posa ya semata-mata kerana Allah. Jangan riso. Hikmah beposa ya sangat-sangat la banyak. 


3.  Menjaga maruah Hero
Jaga maruah dan kehormatan. 

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. 

Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. 

Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. 

Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)


4.  Mentaati perintah suami. Flower

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


No comments: