Friday, 30 December 2011

Kisah Dakwah Penuang Arak



Ba Yazid (Abu Yazid Al Busthami) adalah seorang wali Allah yang dikenali rajin bermunajat kepada Allah, kerana keinginannya untuk memasuki syurga. Satu ketika hatinya tenteram dan fikirannya seolah-olah melayang sampai ke arasy Allah. “Inilah tempat Rasulullah s.a.w., semoga aku menjadi jiran tetangganya di syurga nanti,” bisik hati kecilnya. Ketika dia tersedar dari khayalannya, tiba-tiba terdengar suara menyeru. “Ada seorang hamba yang akan menjadi jiran tetanggamu di syurga kelak. Dia tinggal di negeri ini,” kata suara itu.
Tergerak hatinya untuk mencari sahabatnya yang menjadi jiran tetangganya di syurga, Ba Yazid pergi mencari orang yang disebutkan itu. Dia menaiki unta hingga sampai ke sebuah negeri tempat orang yang disebutkan itu. Sebelum dia menemui orang itu, seorang lelaki menasihatinya. “Mengapa engkau mencari orang yang fasik dan peminum arak itu. Padahal daripada tanda-tanda di dahimu kamu adalah seorang yang soleh,” ujarnya.
Mendengar nasihat itu, hati Ba Yazid menjadi termangu. “Jika begitu suara yang menyuruhku semasa aku bermunajat itu adalah suara syaitan. Mengapa aku harus menurutinya,” bisiknya di dalam hati. Tetapi ketika dia melangkahkan kaki untuk pulang, hatinya kembali termangu. “Aku datang jauh-jauh kemari untuk menemui orang itu, aku tak akan kembali sebelum bertemu dengannya,” bisiknya dalam hati. “Dimana tempat orang itu?” tanya Ba Yazid. “Dia sekarang sedang mabuk-mabuk di tempat ini,” ujar lelaki itu seraya menunjuk ke arah sebuah tempat.
Maka Ba Yazid melangkahkan kaki menemui orang yang disebutkan itu. Memang benar di tempat itu dia melihat 40 orang lelaki sedang mabuk-mabuk meminum arak, sementara orang yang dicarinya itu kelihatan duduk diantara mereka (dia adalah penuang arak kepada mereka).
Setelah melihat keadaan yang bertentangan daripada apa yang disangkanya sebelum ini, Ba Yazid segera memusingkan kaki hendak meninggalkan mereka. Dia merasa kesal dan putus asa. Tetapi seseorang telah memanggilnya. “Wahai Abu Yazid, mengapa engkau tidak jadi masuk ke sini. Bukankah engkau telah datang dari jauh ke sini hanya kerana ingin bertemu denganku? Katanya engkau mencari seorang jiran tetanggamu di syurga nanti?” ujar lelaki itu.
Mendengar ucapan orang itu, hati Abu Yazid menjadi musykill. Dia asyik memikirkan bagaimana orang itu mengetahui tujuan kedatangannya, padahal dia belum menyampaikan isi hatinya. “Kenapa kamu begitu cepat hendak meninggalkan tempat ini tanpa mengucapkan salam, tanpa perjumpaan dan nasihat,” kata orang itu lagi yang membuat hati Abu Yazid menjadi semakin tidak mengerti dengan apa yang terjadi.
“Sudahlah Ba Yazid, kau tak perlu banyak berfikir dan merasa hairan. Yang menyuruhmu datang kemari telah memberitahukan kedatanganmu kepadaku. Masuklah ke dalam dan duduklah sekejap,” ajak orang itu. Dengan sedikit keraguan Ba Yazid menurutinya masuk ke rumah dan duduk di antara mereka yang sedang mabuk-mabuk itu. “Wahai Ba Yazid, dulu ada 40 pemuda Islam yang suka mabuk-mabuk seperti apa yang engkau sekarang. Kemudian aku berusaha mendakwah mereka dan mereka sudah berhenti dari kefasikan itu .
Dari segi syarak sememangnya haram hukumnya bekerja sebagai penuang arak.Tetapi lelaki ini telah dikecualikan oleh Allah atas dasar dakwah. Oleh itu berdakwahlah dimana saja mengikut kemampuan dan kepakaran.


No comments: