Monday, 2 April 2012

baucer buku 1 malaysia untuk ipg

Assamualaikum...

bahagia nya hidup. haha... gelak-gelak dulu. kita dapat baucer buku jugak. jangan fikir budak U je dapat k.. bebunga-bunga hati ni. saya dah menghabiskan baucer tu dengan membeli buku. Tahniah!! kerana saya tidak menyimpang dan menyalahgunakan baucer tu. saya tak jual...dan saya tak beli benda yang bukan-bukan. saya beli buku!! hooray... bahagia giler.. muka pun dah tak reti nak sadis2 g. haha.. yang pastinya novel mesti ada... tahniah sekali lagi!! 

kalaulah hidup hari-hari macam ni kan best... 

lots of love
cikgu mieyna

dunia sekolah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang ni saya tengah berpraktikum. di mana??? hehe..di SK. Bandaran N0.4, Sibu. Sekarang dah minggu yang ketiga. ada satu minggu lagi untuk dihabiskan. penat?? memang pun penat giler. tapi sangat best. i found happiness here... bahagia dan life apabila mengajar dan bersama dengan murid-murid. Ni adalah praktikum pertama saya. saya mengajar dua kelas sahaja. kelas 5 merah dan 6 merah. satu kelas tu 45 orang another class is 46 pupils. banyakkan.. camne nak mengajar tu...hihi. mengajar pulak pada hari khamis and Jumaat. hari-hari lain tu banyak buat kerja opis...haha.. actually wat rph, projek ...bla..bla..bla.. untuk melengkapkan dua folder praktikum. mengajar ni best sangat tapi bila adanya karenah birokrasi dan pentadbiran serta segala bagai yang annoying wat saya rasa cam tak leh nak bernafas... tapi tu lah yang harus saya hadapi bila dah kuar mengajar nanti.. 

nak crita sal student saya pulak...diaorang ni leh dikategorikan dalam murid-murid nakal terutamanya kelas 5 Merah tapi mereka mendengar kata. InsyaAllah lah~~~ haha.. bukan senang nak handle kelas ni tau. cikgu lama pun dah bagi warning kelas ni memang susah nak handle. so far sebenarnya apa yang dimaksudkan nakal tu maybe sebab mereka ni suka buat bising. tapi biasa lah tu kan... haha... itu normal. biar mereka belajar dengan bebas tapi harus dipantau dan diberi penegasan jugak lah. budak -budak ni bukan leh caya sangat pun. 

apa yang saya buat--- senang sahaja. mula-mula masuk kelas dengan muka yang tegas. setiap kali tu set induksi saya membebel. suruh diorang susun kelas dengan kemas, berdiri tegak dan dalam keadaan senyap barulah pelajaran bermula. 

kedua saya ada isyarat senyap sendiri. bila saya angkat tangan maksudnya murid-murid mesti senyap. tu antara peraturan penting dalam kelas saya.jadi tak perlu nak menengking. saya tak suka tengking-tengking. TEGAS itu yang penting. kalau dah tak dapat cara tu senang sahaja saya akan senyapkan diri. kemudian dengan sendirinya murid akan diam. TEGAS itu penting... wahh~~~ haha...camtu lah cara saya nak suruh diaorang senyap... kalau cikgu lain mungkin lain caranya. mungkin jugak kalau digunakan dengan murid lain tak menjadi cara ni. tapi dengan murid saya ini cara terbaik. lagipun saya memang tak suka jerit-jerit. buat sakit tekak je.

ketiganya saya selalu pesan kat murid-murid saya ..LEARNING IS FUN.. setiap P&P memang saya selitkan dengan aktiviti yang pelbagai sama ada secara individu, pasangan atau kumpulan. Juga tackle murid dengan melaksanakan permainan... biar mereka rasa seronok. belajar sambil bermain. hmm...banyak cikgu tak suka murid buat bising  tapi sebenarnyakan murid-murid sedang belajar. kawal kelas itu penting tapi jangan sampai pergerakan murid terlalu terikat. jangan sampai murid rasa tidak bebas memberikan pendapat. biar mereka tahu belajar itu seronok bukan bosan. kini, zaman berubah. murid berubah. sebab tu pendekatan pun harus diubah. kalau dulu murid belajar mendengar sahaja. biar kini, murid belajar aktif melalui pengalaman. sebab kanak-kanak sekarang peluang untuk mereka meneroka persekitaran mereka sangat terhad tidak seperti pada zaman mak bapak nenek moyang kita dulu. orang dahulu banyak terdedah dengan persekitaran. kini murid balik sekolah terus tengok tv, main game...kalau yang rajin tu pergi kelas tuisyen... BOSAN sungguh. Jadi bila masa mereka boleh belajar pengalaman hidup?? 

banyak kerenah murid yang kita tak dapat jangka. dalam ketegasan itu harus ada kelembutan. biar mesra murid tetapi pastikan jurang itu tetap ada...

lots of love...
cikgu mieyna