Friday, 29 June 2012

Kombinasi Nutox dan BB Cream Maybelline

Assalamualaikum..
hye...

last kira sebulan yang lepaslah saya ada buat riview nutox kan.KLIK SINI untuk entri tersebut. Dulu saya puji sekarang saya nakk puji jugak produk nutox ni tapi saya dah dpt detect satu masalah penggunaan nutox pada kulit wajah saya. 

selama lebih kurang dua minggu macam tu saya alami masalah kulit berjerawat. Jerawat besar2 tumbuh. jadi keyakinan saya kat produk tu pun jadi kurang sampai saya rasa nak tukar je produk lain. tapi tak jadi saya still cuba jugak. gambling je. Kemudian tak lama pastu masalah jerawat tak ada lagi. kulit jadi normallah. pastu saya pikirlah kenapa kejap ok kejap problm. 

analisis punya analisis...huhu siap analisis lagi macam pakar dermatolagist je aku ni kan..haha.. ahharrr aku analisis rupa2nya kombinasi nutox dan maybeline bb cream tulah yang mnyebabkan kulit berjerawat. secara tidak sngaja saya stop guna bb cream sbb rasa MALAS nak menempek bendalah tu kat muka masa musim panas2 macam ni. Jadi lepas tu kulit saya bertambah ok. dan Alhamdulillah sekarang dah yakin balik dengan nutox. mungkin kesan kat orang lain berbeza tapi kat saya macam tu lah.

Dan Alhamdulillah jugak sunburn yang menyebabkan kulit muka saya macam tapir..bebelang putih gelap akhirnya sedikit diatasi walaupun masih nampak lagi. sekarang masih guna nutox. cuma dah jarang pakai cream malam sebab MALAS... err...dulu semangat bukan main lagi skarang nak tempek segala bagai rasa macam tak terkejar je.

Untuk girls..pakailah apa2 je produk yang baik untuk diri anda sendiri, kurang kesan sampingan (kurang ye..sebab agak mustahil mengatakan tidak ada kesan sampingan) dan paling penting hendaklah HALAL. semua nak cantikkan.. tipulah kalau ada yang cakap nak jadi buruk. 

Dan sekarang saya syorkan bagi yang berusia 23 tahaun ke atas tu gunalah produk berasaskan collagen. jangan fikir dah tua kulit dah kendur baru nak pakai. dan jangan korang nak tipu tak nak guna makeup. takyah nak bajet natural beauty sangat macam zaman sekolah dulu2. dulu lain sekarang lain. badan kita tidak seperti dulu. ada faham. BAIKLAH~~~ haha

ok.. sebelum saya membebel baik saya stop. sekian terima kasih.. btw maaf ye hari ni saya typo. jari dah tak larat dah menaip~ ~ ~

bubye.. tata

lotsoflove
mizmieyna

Muhasabah Jumaat: Uwais Al-Qarni

Assalamualaikum..

hye semua..

Adakah anda kenal Saidina Ali? Adakah anda kenal Saidina Umar? Rasanya memang ramai dah kenalkan kedua-dua khalifah yang dah dijanjikan syurga ni kan. Zaman sekolah dulu mesti dah belajar sejarah Islam dan tampok pemerintahan khalifah selepas Nabi Muhammad. Jadi jangan nak tipu korang tak kenal dua ahli syurga ni... tapi adakah anda kenal siapa dia Uwais Al-Qarni? Mungkin ada yang kenal mungkin juga tidak.

Rasulullah bercrita dengan Umar dan Ali akan adanya seorang tabiin yang doanya sangat termakbul. Namanya ialah Uwais Al-Qarni. Rasulullah berpesan kepada Umar dan Ali carilah Uwais ini dan mintalah dia mendoakan agar dosa-dosa Umar dan Ali diampunkan Allah S.W.T.

Siapakah Uwais ini sehinggakan Rasulullah berpesan kepada Umar dan Ali sedemikan rupa?

Uwais merupakan anak yatim sejak dari kecil. Dia merupakan seorang yang sangat taat kepada ibunya yang lumpuh dan uzur. Fizikalnya pula dia merupakan seorang yang berpenyakit sopak. Pada suatu ketika, ibu Uwais menyatakan hasrat untuk menunaikan haji tetapi Uwais tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perjalanan ke Makkah, sedangkan pada masa itu ibunya sudah sakit dan teringin benar mengerjakan haji.

Uwais pun mendapat satu idea. Dia membeli seekora anak lembu yang sudah habis menyusu. setelah itu dia buat sebuah ruamh kecil di atas bukit. Pada sebelah petang Uwais bawak lembu itu ke atas bukit kemudian pada sebelah paginya pula di dukung lembu itu menuruni bukit sehingga lembu itu semakin membesar dan membesar. hal ini dilakukan setiap hari sehinggakan orang kata dirinya gila. 

Sebenarnya tindakannya itulah yang membuatkan dia menjadi kuat. Dia berjaya mengangkat lembu yang membesar sehingga 100kg setiap hari dengan mudah. Dengan itu bolehlah dia mendukung ibunya yang lumpuh ke Mekah dan menunaikan haji. 

Selepas menunaikan haji ibunya bertanya apakah yang didoakan oleh Uwais. Dia berkata dia mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa ibunya. ibunya hairan kenapa dia tidak mendoakan untuk dirinya juga. Maka Uwais berkata "Dengan terampun doa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga" Lepas tu ibu dia minta dia berdoa kepada Allah supaya penyakit sopaknya disembuhkan. Uwais berkata pula "Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Taala"

Dan ibunya meminta "kalau nak masuk syuerga, kena taat kepada perinta ibu, ibu perintahkan engkau berdoa". Jadi dia pun berdoalah kepada Allah supaya penyakit sopaknya dipulihkan tetapi tinggallah sedikit sopak itu kerana rasa keberatannya dan takut akan dosanya. Allah mengabulkan doa Uwais menyembuhkan penyakit soapk itu dan meninggalkan setompok putih pada tengkuk Uwais. 

hebatkan Uwais ni ...dalam masa dia diduga dengan penyakitnya itu dia boleh redha dengan dugaan itu dan menganggap semuanya adalah satu anugerah. Kalau kita ditempat Uwais mampukah tidak kita terima semua tu dengan hati yang tenang, syukur dan penuh keredhaan. Sedangkan sakit sedikit kita dah merungut. sakit kepala sikit dah kata Allah tidak adil...jauhkan lah kita dari semua perasaan buruk sangka kepada Allah. Amin. 

Berbalik semula kepada cerita tadi, tompok putih yang tinggal itulah tanda pengenalan diri Uwais. Dengan itu, Umar dan Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan minta Uwais mendoakan mereka. 

Uwais ni jugak seorang yang sangat mencintai Rasulullah. Semasa kedatangan Islam di Yaman ramai penduduk masuk Islam dan begitu juga Uwais. Dan ramai yang pergi berjumpa dengan Rasulullah. keinginan Uwais untuk berjumpa dengan Rasulullah juga tidak terkira hebatnya disebabkan kerinduan yang amat kepada kekasih Allah itu tetapi mengenangkan ibunya yang lumpuh dia mengundurkan niat itu. Pada suatu hari, disebabkan kerana kasihnya kepada Rasulullah dia mematahkan giginya sendiri kerana mendengar khabar Rasulullah patah gigi semasa menghadapi perang sedangkan pada masa itu dia belum pernah berjumpa dengan Rasulullah.

Perasaan rindu kepada Rasulullah tidak terbendung. akhirnya dengan izin ibunya dia berkesempatan mengharung perjalanan  bertemu dengan Rasulullah. namun, setibanya di rumah Rasulullah, Saiyidatina Aisyah kata Rasulullah sedang pergi berperang. Mengenangkan ibunya seorang di rumah dan janjinya untuk balik segera kepada ibunya maka dia tidak berkesampaian berjumpa dengan Rasulullah.

kalau kitalah ditempat Uwais rasanya mungkin kita akan terus marah lebih-lebih lagi terpaksa mengenakan ibu yang ditinggalkan. Mungkin rasa terbeban itu ada... tetapi Uwais tidak mengeluh. dia redha. contoh paling mudah masa hari raya. kita dah syok2 bermekap segala bagai, pakai lawa2 nak pegi beraya rumah bakal mak mertua lah kononya.sanggup mengharungi jalan sesak untuk beraya ni dengan semangat yang berkobar2 nak jumpa kekasih hati. tiba-tiba tak ada orang di rumah sebab orang rumah pegi beraya tempat lain. Dalam keadaan tu saya pasti ramai yang akan marah paling2 ok pun akan mengeluh jugak. 

Sikap mulia Uwais tu menjadikan dia popular pd penduduk langit dengan namanya selalu disebut-sebut. sedangkan di bumi Allah, dia dianggap gila, pencuri dan sebagainya.


saya selalu pesan kat diri tidak apa kalau orang pandang serong kat kita, pandang kita jahat, buruk , jahil atau hina asalkan cukuplah kita mendapat keredhaan Allah. 


begitu juga saya selalu pesan diri...
jangan pandang orang itu jahat selalu sebab mungkin dia mulia di sisi Allah. 
siapa kita nak judge orang sebarang betul tak? Hanya Allah je yang dapat menghakimi kita.



dan taatlah kepada ibu bapa 

walau seberapa buruk pun mereka 

selagi tidak bertentang dengan aturan Allah
 mengenangkan semua ni teringat betapa banyaknya dosa saya kat mak bapak
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ibu bapaku, diriku, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakanku. tetapkan hati kami padaMu. Teguhkanlah keimanan dan ketakwaan kami. kunci kan hati kami daripada asuhan syaitan. jauhkan kami dari sifat mazmumah tapi dekatkan kami dengan sifat mahmudah. masukkan kami dalam syurgaMu dan jauhkan kami dari nerakaMu dan azab seksaMu Ya Allah. Redhailah kami Ya Allah, terimalah ibadah kami. Juga berikan hidayah dan kebenaran kepada kami dan rakan yang jahil. Datangkan iman dan Islam padanya Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami.
Amin.


sekian, muhasabah saya..


terima kasih sebab sudi baca

lots of love
mizmieyna


Thursday, 28 June 2012

The value of experience

Assalamualaikum..

hye..

hmm..aku tak ada apa nak dikongsikan. cuma last monday aku ada masok tanding balas pantun. takada semegah mana pun. Alhamdulillah berjaya jugok lah masok final but unfortunately tak dpt num 1. apa2 pun, terima kasih kepada calvin sebab tolong aku praktis berpantun siang dan malam. bukan senang nak berpantun lebih2 lagi secara spontan. yang paling haru kumpulan aku ada dua budak chinese. dan aku ni pulak tak ada pengalaman pun masok tanding pantun ni. Tapi aku bangga jugak sebab aku cuba sedaya mungkin. Pantang mengalah sebelum ajal !!! yeahh!! semangat gitu kan..haha. Pengalaman itu yang penting kan. :)

yang ni kump satu. aku dah tak igt g nama kumpulan ni. yg pasti yang dok tgh tu budak major bm. pro tu.. dan dua org lagi masing2 dari PBC.  masa ni dok sedia mantel fizikal.

golongan penonton.. :)

tiga jejaka tu lawan kump aku masa final. kump imam muda. ~ ~ ~ hahaha.. aku tak puas hati tol lah. sorang major bm, sorang pulak minor bm. opkos la menang ya dak.. kalau tak menang beri malu je kan.


btw, nama kump aku lidah bebelit. jangan tanya kenapa nama tu dipilih. sekarang ni aku dah bosan tahap gaban. hari2 dok sini macam dok dlm err...tak tahu aku nak describe cam mana. lagi satu dalam masa beberapa minggu lagi aku akan ke SK ULU RANAN, KANOWIT. clap3!!! AKU BANGGA MENJADI GURU... GURU PELATIH..bwahahahah... jadi doa-doakan aku selamat di sana mengharungi cobaan dan rintangan bergelar bakal guru. Amin..

itulah dia sedikit sebanyak jurnal minggu ini. esok aku tak tahu apa pulak yg jadi. Mudah-mudahan semuanya dilimpahkan keredhaan Illahi. oh ya, yang anak dara sekalian udah ganti puasa belom.. ganti lah ye.. *arr..cakap mcm aku dah habis ganti* rasa nak lempang tak~~~ tak baik lempang2 orang. nak jugak ye guna ayat cenggitu.. *rasa nak sepak terajang tak?? wat da heck is dat??? ramai dok guna lempang2 terajang ye.. nape tak cakap *rasa nak cium peluk tak?? err..... ok lah. sblm aku mencarut lbh banyak lagi, baik aku behenti disini. 

p/s: kemanisan dalam mencapai kejayaan itu lebih indah dari kejayaan itu sendiri. PENGALAMAN value a lot ok!..

sekian, pesanan ringkas dari...

lots of love
mizmieyna

Friday, 22 June 2012

Muhasabah Jumaat #

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kalian..

Iya memang,setiap muhasabah Jumaat saya memang versi skema. Apakan daya. Memandangkan saya dah diwartakan sebagai ahli kehormat Persatuan Bahasa Melayu IPGK* maka dengan ini saya nak bermuhasabah diri beserta puisi. Sila fahami. jika tidak faham bukan salah kamu tapi salah saya sebab saya buat ikut rasa saya. Hehe :)

Kulihat perjalanan ini teratur rapi,
tiada tanda akan berhenti,
namun, sebanyak manapun aku berlari
yang kucari itu bukan duniawi...

Kulihat awan masih di atas,
menutup hangat yang kian terbatas,
seperti ini jua imanku yang panas,
sekejap di bawah sekejap di atas...

Kulihat masa sepi tidak pernah surut
kemudian kukatakan ini tidak adil,
sedang Allah masih memberi
segala nikmat yang aku nanti

Kulihat jua masa senyumku pantas,
namun akhirnya, senyum sendiri..
dibuai mimpi..ketandusan, 
kemarau ini Ya Allah,
tanda aku tidak erti bersyukur...
sekadar untuk dir tetapi jarang memberi...

Titipkanlah jalan syurga untukku Ya Allah,
kirimkanlah carian pahala untuku Ya Rabb,
buatkan aku syukur, buatkan aku tergetar..
Lindungi segalanya disisiku jua dihatiku...
dengan sejuknya pandanganMu..

Amin.

Entri muhasabah Jumaat ni saya letak dalam label Muhasabah Jumaat. Ini bukan yang pertama, just sebelum ni tak kumpul.. ada terselit di mana-manalah. kalau rajin boleh cari..

Wassalam,

lots of love
mizmieyna

Wednesday, 20 June 2012

Sungha Jung - LIVE IN KUCHING

Assalamualaikum

Hye :)

Kenal tak Sungha Jung. er aku pun tak ada lah kenal sangat. aku tanye macam Sungha tu budak jiran sebelah rumah je kan. Lelaki ini pemain gitar, berasal dari Korea. Ek eleh macam lah korang tak kenalkan. Perlu ke aku nak intro lagi.

aku suka giler lelaki yang pandai main muzik. tak kiralah gitar ke, drum ke, keyboard ke, gambus ke... recorder pun aku suka.. very appreciate those who are talented in music. Jadi aku suka godek2 youtube tengok video orang main gitar sehinggalah suatu hari aku jumpa video 'adik Sungha Jung ni'. sangat-sangat impress tgk dia petik gitar. layan habislah muzik dia. siap download gi beberapa video dia.

masa tu tak tahu la pulak budak kecik yang petik gitar tu dah besor..dah fofuler sekarang ni. 

TENGOK NI !!


Sungha Jung perform di Kuching 23 - 24 June 2012

ingin tengok tapi apa kan daya aku tidak ada di Kuching. after all FREE PERFORMANCE.. lagilah rasa macam menyesalnya aku dok sini. ~ ~ ~

lots of love
mizmieyna

Children of Heaven- Kasut oh Kasut

Assalamualaikum.. :)

Hye.

Saya bengang!! tapi saya tetap redha. Al-kisah setiap pagi Rabu nan indah ada perhimpunan unit beruniform. semua pelajar dikehendaki pakai pakaian uniform yang lengkap. dipendekkan crita saya terlupa pulak nak bawa topi pengakap. nasib bait sempat lagi patah balit g hostel. tapi masa tu  takut jugak lah tak sempat pg perhimpunan. dalam hati dah niat kalau tak sempat ni baik takyah pegi terus. sebab kalau ada yg lmbat..dan tertangkap naya pulak kena hukum berdiri dpn semua org. malu!! tak nak. dah dapat topi terus cepat2 jalan. nasib bait lah masa tu masih ramai budak lambat. dgn tergopoh gapahnya saya nak kejar phimpunan tu tup2 prakk....asa semacam je. rupa2nya tapak kasut gua tertanggal dong. Rasa macam nak jerit je masa tu. sikit lagi nak sampai dia buat hal pulak dah. last-last saya kol besty ajak escape..tapi akhirnya dia ke lain saya ke lain. sy memerap dlm bilik dia pulak melahap di cafe...

ada sebab sebenarnya saya cerita tragedi malang ini.. huhu.. refleksi lah katakan...



terbaca riview cerita 'Children OF Heaven'. Pernah dengar tak crita ni?? Rasanya ramai dah tengok filem ni kan. banyak dah riview dibaut untuk filem ni siap ada buat discussion lagi utk filem tersebut. Filem Children of Heaven ni berasal dari Iran. kisahnya perihal si abang yang mencari kasut adiknya yang hilang.  banyaklah obstacles yang dihadapi dua beradik disebabkan kepayahan hidup mereka sekeluarga.... filem ini pernah nominated dalam Oscar. Sangat sadis dan banyak pengajaran sepanjang filem ini.

sila klik: Children Of Heaven dan riview filem sila klik: Riview




kerana cerita ni saya tak jadi nak menyumpah kasut BATA saya yang tertanggal  tadi walaupun adegan itu agak memalukan dan menyakitkan hati.. beringatlah kasut BATA itu sudah hampir berkhidmat selama 3 tahun ... :(

SYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA... 

lots of love
mizmieyna

Monday, 18 June 2012

Kemenangan Ir Dr Muhammad Mursi

Dalam meraikan kejayaan kemenangan dalam pilihan raya Presiden Mesir 2012 kerana kita yakin bahawa akan tertegaknya daulah Islam di bumi anbiya. 

Pesan As Syahid Imam Hassan Al Banna terchenta, tegakkanlah daulah Islam di hatimu nescaya ia akan tertegak di bumimu. 

Ayuh bersama kita saling memperteguhkan antara satu sama lain ke arah menegakkan daulah Islam di hati masing-masing. Moga ukhuwwah akan jadi rantai-rantai yang mengikat kita untuk menegakkannya. 

-UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN-


sumber: sebaran  laman sosial

jika agama itu jadi tunjang segala hal memang pasti kebahagian dunia akhirat akan tercapai. itu janji Allah kan. semoga kejayaan ini memberi ruang kepada kemenangan Islam dan saudara seislamku di sana. Amin Ya Rabb.

lots of love
mizmieyna

taik mata

Assalamualaikum :)


first day dalam semester 6 sgtlah boring. aku rasa macam nak baling diri sendiri. aku rasa masa berjalan dengan sangat perlahan. setiap benda bergerak dalam keadaan slow motion. kalau dapat rewind balik apa aku buat hari ini dah tentu korang rasa aku ni tak ada life. err...cenggitu ke? terus aku down. padahal sendiri yang fikir bukan-bukan iye ndak.. jadi konklusinya kerja aku hari ni just datang kelas dengan muka yang maha slumber nak ketidoran. dahlah tu aku rasa cam nak pengsan je tgk jadual waktu sgt2la BORING. DULL. bertambah dull lah hidup aku kat sini. gilerlah rasa macam takde life je kan. bunyi aku cerita kat korang pun takde benda lain aku nak merepek. asyik-asyik meroyan dengan life alone forever aku kat cini. 

aku tahu wat taik mata je petang tadi. tapi tak lama la buat taik mata tu. kira-kira taking a nap la kata omputih. mana taknye panas oww sekarang ni. kat semanjung lagilah teruk. tengok brita kat tv SM dilanda kemarau dan jerebu. sini pun jerebu gak. tak terkecuali. patutlah aku asyik bersin je dari tadi. huhu... sensitip sikit dengan debu-debu segala bagai ni. mintak maaflah aku melalak kat dalam belog ni. saja-saja je. pastu aku on9 je. mesti dalam hati korang nak lempang je kan. dalam banyak-banyak perkara, urasan dunia yang g rutin ni jugak yang aku nak heboh-hebohkan. korang sakit hati ke... ar..tak pe lah sebelum makin bengkak hati korang baca life aku ni, baik aku benti taip.

gipun aku nak save energy ni. esok dah nak ganti puasa pulak. tak lama lagi Ramadhan. Khamis ni dah Syaaban dah. huhu. tak sabarnye rasa nak bertemu dengan bulan mulia penuh rahmat, bulan Ramadhan. korang pun sama kan.. :P

lots of love
mizmieyna

Sunday, 17 June 2012

laptop berhal indah ~ ~ ~

Assalamualaikum :)

ok..im back. lmk dah sik update belog. kinektok udah di mktb. pagi tek kemas segala bagai dalam bilit. nasib bait dah setel. yg mendukacitakan laptop dtg gila indah tek. huhu.. lepas ya kmk relize mun sik da laptop di ctok kedak urg alone forever jak..huhu. mula-mula pake nyaman ati cubalah baca buku dlm dua tiga muka surat pia ahernya...kecundang juak! tertido sndiri. kali buku yg maca muka aku gik.. orait2. kmk tauk kmk dah start ngerepak tok..saja2 jak mok madah laptop rusak!! heavennya tapi udah di bikik my besty tek. nasib baitlah dpt.

tapi mok sikmok tolonglah im begging you mieyna..tolonglah beli satu laptop baru ok.!! lptop kini sudah mgalami proses penuaan. jadi seeloknya korbanlah barang seribu lebih utk mmbeli laptop baharu. 

itu sahaja!
ceria2 selalu..* tauklah belog tok dull tp senyum jak lah ow..*

bye
 lots of love
mizmieyna

Friday, 8 June 2012

yang kehilangan

Assalamualaikum...

semakin kita membesar semakin kita kehilangan attachment dengan family kan.. jadi entri kali ini perihal yang kehilangan...wah2.. dulu masa kecik-kecik, tak tahu malu. dok mengata, mencerca,, bantai kiri kanan ngan kazen mazen.. skang ni semua dah ada life sendiri. jauh tak ketemu.. jadi attachments tu pun dah takada.. sesama beradik pun attachments dah kurang inikan lagi lah sesama kazen mazen. semakin kita membesarkan..semakin kita kehilangan,,,*berapa banyak lah aku nak cakap camtu...cam saya ni.. habis je skolah dah kejauhan. balik pun time cuti yg berapa mgu je. oleh itu saya yang kejauhan... 

habis study nak keja gi..keja jauh pulak tu.. *tahu2 je dilempar jauh* pastu nak kawin lagi.. *calon pun tak ada g..nak kawin konon..* err,,,tapi sumanya pasti kan.. dengan izin Allah.

bila begini.. rasa mahu balik zaman mensia..zmn gonjeng,..zmn oldskol dulu. tapi..kalau cam tu tak dpt lak aku nak berpesen..terpksa la pulak repeat paper exm..huihui..night mare!! 

jadi solutionya senang je. hargai apa yang ada..pada setiap detik masa yang dijalani. satu saat tu boleh mengubah banyak bnda. satu saat tu kita boleh kehilangan... hargai apa yang ada.tak kiralah mak bapak, adik beradik, kazen mazen, suami, isteri, anak-anak, atau kawan ect...

lots of love
miz mieyna

Muhasabah Jumaat

Assalamualaikum :)

Siapa kita hari ini adalah bergantung kepada siapa keluarga kita. latarbelakang itulah yang membentuk diri kita. didikan itu datang dari sebuah keluarga. Ada keluarga didikannya bersifat aristokrat ada pula demokrasi dan tak lebih juga bercirikan kebebasan mutlak. ada juga yang mahu lari daripada ketiga-tiganya. paling utama tidak kira apa jua bentuk didikan itu asasnya harus bermula daripada agama. dari agama itu kita perolehi ILMU. tapi tak banyak institusi keluarga itu yakni yang bermula daripada rumah tangga suami isteri membentuknya bermula dengan hubungan dengan Allah S.W.T. Jadi... isi rumah itu pun 'panas'. 

Moga anak-anak yang menerima didikan daripada sebuah keluarga yang meninggalkan agamanya temui didikan terus daripada Allah. Moga dugaan yang didatangkan kepadanya menemuinya pada didikan Allah. 
Moga anak didikku/bakal anak didikku tabah selalu.

Namun, apa-apa jua yang berlaku lindungilah ibu bapamu. :)

Salam Jumaat

p/s: sejukkan hati dengan Al-Quran.

lots of love
Miz Mieyna

Monday, 4 June 2012

Hanis Zalikha

Assalamualaikum.. :)

hye everyone...yeah2..you know her. everyone in Malaysia do knoe this lovely gojes women, especially those who love fashion and bloggers. she's a model. everyone knows that. yeah EVERYONE KNOWS THAT. but not everyone knows she is also an actress. suprise!! Are you suprise babe..!! Please dont be..coz it's real. I DOESN'T KNOW THAT HANIS ZALIKHA ACTING. WAT AN ASHAME GIRL.

isn't she's beautiful.. i wish i have that face. she 's young you know but yet she oredy have so much things in life. so lucky girl. she's using SKII. seriously i wanna try that product too but i oredy  found nutox oxyfusion which is so great and affordable...so ignore SKII although Hanis is using it. did u see that..did u feel that. How great nutox is..yeah..
*watever..why im writing this here in the pic caption* -_-'

i just knew that when im wacthing tv last night. ntv7 if not mistaken.or maybe it's on tv3. it's MEMBERKU HAWA. if not mistaken again. *blame the hectic, crazy life at MAKTAB, IM SO FAR FROM OUTSIDE WORLD ! orait..dah melampau tu. Saya jarang tengok tv. time cuti ni lah baru beria-ria nak tgk cita kat tv pdhl satu benda pun i tak tahu...
tak tahu la best ke tidak kan..baru je tgk..tp memandangkan Hanis ada nak tgk jugak!!
watever it is... cherish the free moments kan. enjoy holiday.. and remember. Hanis Zalikha is an actress. 

with love
miz mieyna

Sunday, 3 June 2012

the dressmaker of khair khana

Assalamuaikum :)

Hye everyone...

ever heard about the dressmaker of khair khana. it's an amazing story about  a brave young woman in khair khana, afghanistan during the taliban's rule written by gayle, an american journalist.

saya dah habis baca buku ni. kisah bermula dengan watak utama cerita ni, Kamila yang baru je dapat diploma perguruan dia masa taliban mula menakluk bumi afghanistan. sepanjang taliban memerintah, Kamila dan semua wanita afghan terpaksa tunduk dengan cara pemerintahan radikal taliban. pergerakan wanita semuanya terbatas. jadi most of the time woman were at home. jadi nak survive tu sangat2 lah susah. lagi2 lah Kamila ni ada lima orang adik beradik perempuan and two brothers only yang masih muda mudi. lepas parent and adik laki dia keluar dari rumah, parent dia pegi hometown diaorang untuk mengelak diri dari dijejaki oleh Taliban sbb father dia bekas tentera.. her brother went to Pakistan searching for a job to help the family. 

sementara tu, kamila tak boleh nak bergantung harap dengan adik laki dia dan tak boleh nak bergantung harap dengan duit pencen bapak dia yang sikit. So, untuk survive Kamila plan untuk buat bisnes baju. make and sold cloths with the help from her sister.

nak tahu lagi... bacalah sendiri...best


yang ni belum baca lagi.. nanti dah habis saya wat riview kat sini erk... stay tune

with love
miz mieyna

tom yam sayur

Assalamualaikum...

untuk memulakan entri PROJEK 3: DAPUR MIZ MIEYNA

ini dia ..TOM YAM SAYUR...yummy...  i guna maggi punya tomyam paste. tak perlu nak add asam lagi.. dah masam dah tapi kalau nak masam boleh je tambah asam. 

kalau nak wat kalerfull gi letaklah tomato..yang ni tak de tomato..
with love
miz mieyna

nokia c2-03

Assalamualaikum...

hye..baru je semalam i beli handphone baru.. tak lah mahal. ok2 lah. dalam rm 250 after less. nokia c2-03 ni jenis touch and type gak. biasanya i tak beli yang touch skrin ni. takut tak tahan di tangan saya yang kasar. tapi sebab tergoda dengan kaler nye yang awesome.. cantik jadi saya terrrrbeli jugak.. ahahh mmg patut beli hp baru pun.. yg lama dah uzur bebeno...

kenapa c2-03... 
1. cantik..menggoda...style *sekurang-kurangnya kat mata saya 
2. affordable... 

paling penting... dpt kol dpt msg.....erk??  i admit..i don really know..dont really get excited bout gadjet..  so saya tak tahu!! blank....ok what is that all about..... oh yes... its cheap and gojes..

antara kaler yang ada,,, yang saya punya kaler biru tu... gojess!!
 with love
miz mieyna

my baby white

Assalamualaikum

terkilan rasa hati sebab tak dapat lagi nak bawak skuter ni. ni saya beli secondhand tapi baik punya. penah naik tapi sendiri  bawak tak pernah lagi. bila la agaknya kan... jangan lah kau arwah dulu ye... my baby white...

ni dia baby white...my snow ..lala

ini my baby white... rindu sangat 

love you baby... :( sedih 
saya tak tahu la apa masalah my snow ni.. tak leh jalan.. tapi hari tu ok je kan.. nanti kita bawak g doctor ye.. sakit la my baby white..

baby blue RIDING SERANTAU

Assalamualaikum...

hye 

moto yg banyak bawak jasa ni ha....
ini dia baby blue .
 baby blue ni bukan saya yang punya... my besty yang punya.. saya tumpang je. banyak berjasa baby blue ni. dengan baby blue ni lah saya belajar bawa moto. apa gelak2... ahha..memang aku tak pandai bawak moto tapi itu dulu.. sekarang haha saya berazam nak ambik lesen pulak.. dah pandai bawak ok..

ni dia muka penakut... first time bawak moto...
my besty yang ajar bawak moto ni.. TERIMA KASIH KAT DIA. <3 nampak tak muka saya dah macam nak terberak. mula-mula tu takut. tak reti nak balance tapi sikit-sikit boleh lah bawak. dah boleh bawak ke sarikei and bintangor. tapi lom berani lagi nak bawak jalan-jalan pasar. masih takut. tapi slow-slow lah kan... nanti pandai gak..

kereta?? almaklumlah sekarang ni moto je mampu saya pegang.. tu pun dah rasa macam nak pengsan belajar bawak moto ni .jadi lain hari je belajar bawak kereta.. slow slow kan...

SUPPORT ME OK!!

with love
miz mieyna

lelayang terbang di SIBU

Assalamualaikum

ahha....cerita lapok lagi.. hari tu jenjalan release tension dengan my fav besty. kalau saya tak keluar hari tok tah tahu la pulak orang ramai tgh dok sebok-sebok memain lelayang... cantik sangat. tengok langit sejuk mata memandang..

cantikkan awan...

yang tinggi tu wisma sanyan...yang memanjang ke langit tu lah layang-layang 
 with love
miz mieyna

cikgu mieyna at SK. Bandaran No. 4

Assalamualaikum...

time cuti jugak nak update segala bagai benda lah ni.. tgk gmbr je erk.. malas sangat dah ni. ini sedikit sebanyak yang saya wat kat sekolah..... malas betol..enjoy 

sibuk menceriakan papan kelab Pencegah Jenayah

ini dia.. hasilnya.. tak seberapa. dah tak da masa nak wat cantik-cantik..lip lap lip lap kan..

bangunan baru.. siap dengan kamera di sina sini...

my students... tengah bermalasan lah tu

kelab pencegah jenayah... sikit je.. 

masa program guru penyayang...ni semua guru menyambut kedatangan murid-murid... idea sy ni.. idea ciplak.. nak juga bongkak ye..ahha.
with love
miz mieyna

belawai trip

Assalamualaikum..

hye..saya nak berdengah kisah lapok lagi..

last time i and the rest of social family went to belawai beach. that was my first time went there. it was one of our precious moment with our long time fav lecturer, miz roziah.  she's going to further her studies.and that is the reason why we held this program.. well it was not a big program either was it is not something we do to bodek bodek her.. we juz wanna cherish her, congratulate her for having a chance to make her PHD... and also to celebrate mother's day. we all social family assume her as our bonda. after all she is the one who ngerepak / lecturing us everytime for and teach us many valuarable things we did miss place before.

hopefully... naiklah pointer aku pasni. hahaha

ok... ni dia picture2 yg sy nak kongsi...
sapa2 interested nak g cni boleh je.. tempat ni dah disediakan tempat untuk bbq so tak yah lah susah bawak ur bbq set ... nak berperahu pun boleh.. macam2 lah..but they are not free..its murah..

ini dia...belawai beach 
cantik...

tengah menulis pesanan untuk miz roziah

posing ^_^

with love
miz mieyna

Nutox Oxyfusion SANGAT the best ! Riview

Assalamualaikum..

Hye.

Rasanya semua dah tahu produk nutox ni kan. Dan rasanya dah ramai yang menggunakan produk ni. Or maybe not. btw saya dah guna nutox ni about ~ ~ ~ ~ 5 days ago.*sehingga post ini ditulis* hekhek.. ok. mesti korang kata apalah sangat perubahannya. baru guna 5 hari. well girls..girlss....you are wrong. Memang ada perubahannya girls.. * dah macam promote lak ye---

Perubahan ketara yang miz mieyna dapat katakan is that this product do really moisturerizing ur face. lembut sangat-sangat from the first time applying it to ur face. best sangat guna produk ni. dalam masa beberapa hari je dah dapat rasa kulit lebih sihat. my mother and my besty also said that my face whitens and glowing.

formulanya adalah bird nest..rich of collagen. very suitable for every women.

wrinkle away cleanser
 langkah pertama cuci muka dengan cleanser yang amazing ni. first time apply rasa muka lembut. lepas tu pakailah toner dia.. iaitu astringent.
astringent

 Astringent ni dalam bentuk spray. saya juz spray je terus kat muka. pastu pek pek kan kat muka dengan lembut... toner ni memang cepat resap.. which is so good.. yummy... ok.. lepas tu barulah apply serum. this is new.
advance serum

 yang ni serum nya. sebab utama saya beli ni sebab fungsi nya adalah untuk mencerahkan wajah selain melembutkan wajah and wat so ever kan.. huhu..malas dah ni.  apply je kat muka dan dengan pantas serum ni menyerap ke dalam kulit... tak perlu tunggu lama..lepas tu gunalah moisture emulsion or sun block dia.. saya guna moisture sahaja.
moisture emulsion: digunakan pada waktu siang


supernatural night repair: digunakan sebelah malam
 dalam banyak2 ni..saya paling suka serum and krim malamnya. dan yang latest saya beli radiance cleasing gel.
radiance cleasing gel

With the benefits of B-Nest Trinity™, this amazing cleansing gel hydrates, whitens and lifts as it cleanses without the tightening effect. 


Ideal for all skin type.


so far guna..alhamdulillah nampaklah kesan nya sedikit. baru beberapa hari ni. bagi yang mengalami masalah jerawat saya rasa produk ni kurang membantu.. kalau jerawat sikit2 tu bolehlah guna produk ni.. appp..jangan kata saya discrimate ke, stereotaip ke..tak ye.. sbb produk nutox ni mild jadi rasa nya tak sesuai kot. gunalah clinelle. it is dermatologist formula. 

*boleh dapat kat gurdian or watson..

with love
miz mieyna