Friday, 29 June 2012

Muhasabah Jumaat: Uwais Al-Qarni

Assalamualaikum..

hye semua..

Adakah anda kenal Saidina Ali? Adakah anda kenal Saidina Umar? Rasanya memang ramai dah kenalkan kedua-dua khalifah yang dah dijanjikan syurga ni kan. Zaman sekolah dulu mesti dah belajar sejarah Islam dan tampok pemerintahan khalifah selepas Nabi Muhammad. Jadi jangan nak tipu korang tak kenal dua ahli syurga ni... tapi adakah anda kenal siapa dia Uwais Al-Qarni? Mungkin ada yang kenal mungkin juga tidak.

Rasulullah bercrita dengan Umar dan Ali akan adanya seorang tabiin yang doanya sangat termakbul. Namanya ialah Uwais Al-Qarni. Rasulullah berpesan kepada Umar dan Ali carilah Uwais ini dan mintalah dia mendoakan agar dosa-dosa Umar dan Ali diampunkan Allah S.W.T.

Siapakah Uwais ini sehinggakan Rasulullah berpesan kepada Umar dan Ali sedemikan rupa?

Uwais merupakan anak yatim sejak dari kecil. Dia merupakan seorang yang sangat taat kepada ibunya yang lumpuh dan uzur. Fizikalnya pula dia merupakan seorang yang berpenyakit sopak. Pada suatu ketika, ibu Uwais menyatakan hasrat untuk menunaikan haji tetapi Uwais tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perjalanan ke Makkah, sedangkan pada masa itu ibunya sudah sakit dan teringin benar mengerjakan haji.

Uwais pun mendapat satu idea. Dia membeli seekora anak lembu yang sudah habis menyusu. setelah itu dia buat sebuah ruamh kecil di atas bukit. Pada sebelah petang Uwais bawak lembu itu ke atas bukit kemudian pada sebelah paginya pula di dukung lembu itu menuruni bukit sehingga lembu itu semakin membesar dan membesar. hal ini dilakukan setiap hari sehinggakan orang kata dirinya gila. 

Sebenarnya tindakannya itulah yang membuatkan dia menjadi kuat. Dia berjaya mengangkat lembu yang membesar sehingga 100kg setiap hari dengan mudah. Dengan itu bolehlah dia mendukung ibunya yang lumpuh ke Mekah dan menunaikan haji. 

Selepas menunaikan haji ibunya bertanya apakah yang didoakan oleh Uwais. Dia berkata dia mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa ibunya. ibunya hairan kenapa dia tidak mendoakan untuk dirinya juga. Maka Uwais berkata "Dengan terampun doa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga" Lepas tu ibu dia minta dia berdoa kepada Allah supaya penyakit sopaknya disembuhkan. Uwais berkata pula "Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Taala"

Dan ibunya meminta "kalau nak masuk syuerga, kena taat kepada perinta ibu, ibu perintahkan engkau berdoa". Jadi dia pun berdoalah kepada Allah supaya penyakit sopaknya dipulihkan tetapi tinggallah sedikit sopak itu kerana rasa keberatannya dan takut akan dosanya. Allah mengabulkan doa Uwais menyembuhkan penyakit soapk itu dan meninggalkan setompok putih pada tengkuk Uwais. 

hebatkan Uwais ni ...dalam masa dia diduga dengan penyakitnya itu dia boleh redha dengan dugaan itu dan menganggap semuanya adalah satu anugerah. Kalau kita ditempat Uwais mampukah tidak kita terima semua tu dengan hati yang tenang, syukur dan penuh keredhaan. Sedangkan sakit sedikit kita dah merungut. sakit kepala sikit dah kata Allah tidak adil...jauhkan lah kita dari semua perasaan buruk sangka kepada Allah. Amin. 

Berbalik semula kepada cerita tadi, tompok putih yang tinggal itulah tanda pengenalan diri Uwais. Dengan itu, Umar dan Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan minta Uwais mendoakan mereka. 

Uwais ni jugak seorang yang sangat mencintai Rasulullah. Semasa kedatangan Islam di Yaman ramai penduduk masuk Islam dan begitu juga Uwais. Dan ramai yang pergi berjumpa dengan Rasulullah. keinginan Uwais untuk berjumpa dengan Rasulullah juga tidak terkira hebatnya disebabkan kerinduan yang amat kepada kekasih Allah itu tetapi mengenangkan ibunya yang lumpuh dia mengundurkan niat itu. Pada suatu hari, disebabkan kerana kasihnya kepada Rasulullah dia mematahkan giginya sendiri kerana mendengar khabar Rasulullah patah gigi semasa menghadapi perang sedangkan pada masa itu dia belum pernah berjumpa dengan Rasulullah.

Perasaan rindu kepada Rasulullah tidak terbendung. akhirnya dengan izin ibunya dia berkesempatan mengharung perjalanan  bertemu dengan Rasulullah. namun, setibanya di rumah Rasulullah, Saiyidatina Aisyah kata Rasulullah sedang pergi berperang. Mengenangkan ibunya seorang di rumah dan janjinya untuk balik segera kepada ibunya maka dia tidak berkesampaian berjumpa dengan Rasulullah.

kalau kitalah ditempat Uwais rasanya mungkin kita akan terus marah lebih-lebih lagi terpaksa mengenakan ibu yang ditinggalkan. Mungkin rasa terbeban itu ada... tetapi Uwais tidak mengeluh. dia redha. contoh paling mudah masa hari raya. kita dah syok2 bermekap segala bagai, pakai lawa2 nak pegi beraya rumah bakal mak mertua lah kononya.sanggup mengharungi jalan sesak untuk beraya ni dengan semangat yang berkobar2 nak jumpa kekasih hati. tiba-tiba tak ada orang di rumah sebab orang rumah pegi beraya tempat lain. Dalam keadaan tu saya pasti ramai yang akan marah paling2 ok pun akan mengeluh jugak. 

Sikap mulia Uwais tu menjadikan dia popular pd penduduk langit dengan namanya selalu disebut-sebut. sedangkan di bumi Allah, dia dianggap gila, pencuri dan sebagainya.


saya selalu pesan kat diri tidak apa kalau orang pandang serong kat kita, pandang kita jahat, buruk , jahil atau hina asalkan cukuplah kita mendapat keredhaan Allah. 


begitu juga saya selalu pesan diri...
jangan pandang orang itu jahat selalu sebab mungkin dia mulia di sisi Allah. 
siapa kita nak judge orang sebarang betul tak? Hanya Allah je yang dapat menghakimi kita.



dan taatlah kepada ibu bapa 

walau seberapa buruk pun mereka 

selagi tidak bertentang dengan aturan Allah
 mengenangkan semua ni teringat betapa banyaknya dosa saya kat mak bapak
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ibu bapaku, diriku, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakanku. tetapkan hati kami padaMu. Teguhkanlah keimanan dan ketakwaan kami. kunci kan hati kami daripada asuhan syaitan. jauhkan kami dari sifat mazmumah tapi dekatkan kami dengan sifat mahmudah. masukkan kami dalam syurgaMu dan jauhkan kami dari nerakaMu dan azab seksaMu Ya Allah. Redhailah kami Ya Allah, terimalah ibadah kami. Juga berikan hidayah dan kebenaran kepada kami dan rakan yang jahil. Datangkan iman dan Islam padanya Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami.
Amin.


sekian, muhasabah saya..


terima kasih sebab sudi baca

lots of love
mizmieyna


2 comments:

Si Tuyuk said...

Assalamualaikum cikgu miena..sudah lama kan kita tak betjumpa...apa khabar orang jauh??hahaha...ngereco...hahahahaha

Mieyna said...

waalaikumsalam.. ye lh kn. lma tak jumpa dah makin mju belog awk ye.. haha