Monday, 18 June 2012

taik mata

Assalamualaikum :)


first day dalam semester 6 sgtlah boring. aku rasa macam nak baling diri sendiri. aku rasa masa berjalan dengan sangat perlahan. setiap benda bergerak dalam keadaan slow motion. kalau dapat rewind balik apa aku buat hari ini dah tentu korang rasa aku ni tak ada life. err...cenggitu ke? terus aku down. padahal sendiri yang fikir bukan-bukan iye ndak.. jadi konklusinya kerja aku hari ni just datang kelas dengan muka yang maha slumber nak ketidoran. dahlah tu aku rasa cam nak pengsan je tgk jadual waktu sgt2la BORING. DULL. bertambah dull lah hidup aku kat sini. gilerlah rasa macam takde life je kan. bunyi aku cerita kat korang pun takde benda lain aku nak merepek. asyik-asyik meroyan dengan life alone forever aku kat cini. 

aku tahu wat taik mata je petang tadi. tapi tak lama la buat taik mata tu. kira-kira taking a nap la kata omputih. mana taknye panas oww sekarang ni. kat semanjung lagilah teruk. tengok brita kat tv SM dilanda kemarau dan jerebu. sini pun jerebu gak. tak terkecuali. patutlah aku asyik bersin je dari tadi. huhu... sensitip sikit dengan debu-debu segala bagai ni. mintak maaflah aku melalak kat dalam belog ni. saja-saja je. pastu aku on9 je. mesti dalam hati korang nak lempang je kan. dalam banyak-banyak perkara, urasan dunia yang g rutin ni jugak yang aku nak heboh-hebohkan. korang sakit hati ke... ar..tak pe lah sebelum makin bengkak hati korang baca life aku ni, baik aku benti taip.

gipun aku nak save energy ni. esok dah nak ganti puasa pulak. tak lama lagi Ramadhan. Khamis ni dah Syaaban dah. huhu. tak sabarnye rasa nak bertemu dengan bulan mulia penuh rahmat, bulan Ramadhan. korang pun sama kan.. :P

lots of love
mizmieyna

No comments: