Tuesday, 2 October 2012

True Love

Hi, Assalamualaikum...


sejak beberapa hari ni aku tak berapa sedap hati. satu saat tu aku mengadu domba pada Dia dan si dia, kenapa beri aku begitu banyak dugaan yang aku rasa berat sangat nak pikul? kenapa pengorbanan aku orang tak nampak? kenapa aku berkorban  utk orang lain tapi orang tak menghargai? aku rasa terbeban sangat. aku rasa nak salahkan semua orang. aku rasa dunia ni tak adil, Allah tak adil. 

rasa bebanan tu buat aku tak sedap hati.  kemudian entah di mana, dan kenapa, hati aku terdetik. bila semua isi dunia meminggirkan aku, siapa yang masih ada? aku jawab Allah. saat tu baru aku sedar. lama betul aku tinggalkan tanggungjawab aku pada Allah di tempat yang terendah. rasa bebanan tanggungjawab pada  masa depan, ibu bapa,si dia,  rakan-rakan dan semuanya terus jatuh. 

1. sebenarnya cinta paling utama itu Allah S.W.T
2. sebenarnya tanggungjawab utama itu pada Allah S.W.T. 
3. sebenarnya yang Maha Penyanyang dan Pengampun itu Allah S.W.T
4. sebenarnya yang menjaga aku selama ini Allah S.W.T

ya benar tanggungjawab aku sangatlah berat, sangatlah besar, aku tak dapat melihat mata ibu bapa aku tanpa rasa tanggungjawab dan pengharapan. aku tak dapat melihat mata adik-adik aku tanpa rasa tangunggjawab dan pengharapan. aku tak dapat melihat mata si dia tanpa rasa tanggungjawab dan pengharapan. 

kali ini aku melihat semuanya atas satu tanggungjawab. Tanggungjawab aku pada Allah S.W.T. Hati ini lega. :) terima kasih Allah. 

dan aku mula memahami aurat itu lambang kehormatan wanita. :)
seperti cantik molek ini. DENA BAHRIN <3 kagum dengan gadis ni walaupun lebih muda dari aku.
juga ini. bukankah lebih baik <3

aku mula memahami solat itu bukan hanya tuntutan agama tapi kerana rasa cintaku pada Allah.
hidup itu tidak selamanya di atas. 
dunia memang tidak selamanya adil tetapi Allah itu Maha Adil.

CINTA PADA DUNIA TAK SELAMANYA SETIA, CINTA PADA ALLAH SELAMANYA ADA.

doakan aku istiqomah <3

terima kasih
mizmieyna. <3



No comments: