Friday, 12 October 2012

Orang Asing

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. 

Dalam proses belajar apa yang dah lama ditinggalkan dan yang mungkin sudah lama dilupakan. Pengajaran moral hari ini: 

JANGAN MALU  'BILA MANA' MELAKUKAN KEBAIKAN. 

Kadang-kadang bila kita buat salah kita tak sedar, dan paling buruk kita tak malu melakukan kesalahan tersebut. Dan kita mengaku kita buat salah, sikap yang ni aku pujilah sebab tidak hipokrit. errr puji diri sendiri.. :P.. Puji bila mana kita mengaku salah dalam keadaan hati kita insaf.. kalau mengaku salah lepas tu bangga diri kata diri hebat itu bukan sekadar riak tapi sombong pada Allah S.W.T.

Tetapi bila mana kita sudah mahu berubah dan mula belajar kembali erti agama dalam hidup, selalu saja kita rasa terasing.

DAN KITA RASA MALU KERANA RASA KETERASINGAN ITU.. adakah perkataan keterasingan?? sukahati aku je kan..

Ingat ini sahaja :)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".




mind breaking pic :)

terima kasih
mizmieyna.

1 comment:

anakpakpawi said...

salam jumaat =) amar makruf nahi munkar