Tuesday, 4 December 2012

Ada apa pada hijab?

Assalamualaikum

Antara tudung bawal, awning, syria and pashmina..

Hye semua. Dena Bahrin dah post entri baru dua malam yang lepas. haha. cerita lapok.
Ok, terus kepada tajuk entri. Antara tudung bawal, awning, syria dan pashmina..


Ada apa pada tudung bawal?


1. Aku tak reti membentuk tudung bawal...
2. tak selesa dipakai.... 
3. aku ambik masa dekat-dekat setengah jam untuk pakai tudung bawal.
4. Sebab tak selesa pakai aku selalu cuba kemaskan bahagian tepi tudung lepastu tiup-tiup atas dia, dengan harapan jadi gorjes dan kemas tapi malangnya selalu gagal dan end up macam muka orang baru bangun tido...
5. satu perkara je aku suka dengan bawal sebab nampak simple and nice di pakai. 




Ada apa pada tudung awning


1. sangat mudah dipakai.
2.Paling aku suka sebab sangat menjimatkan masa. Aku tak suka benda remeh2. Biar cepat dan mudah. 
3. tapi kebanyakan kainnya jenis melekap kat badan. tapi-tapi ada juga didatangkan dengan material yang tak melekap seperti ini



Ada apa pada tudung syria?

1. sama macam tudung awning dan..
2. boleh buat muka jadi bulat
3. kadang-kadang terlalu melekap di kepala sehingga nampak bentuk telinga.. bergantung kepada material


Ada apa pada pashmina?

tuan belog 


1. aku suka sebab besar dan tidak jarang
2. cantik..banyak corak menarik
3. kain tidak melekap di badan.
4. tapi panas sedikit berbanding material yang lain.
5. boleh digayakan dengan pelbagai bentuk macam shawl yang lain..


Baiklah..

itu pandangan aku...pada aku..bagi aku
sangat penting bagi muslimah untuk tentukan sendiri hijab yang selesa untuk/pada diri sendiri. dan paling penting kena ambil kira soal aurat. Jangan main pakai je macam aku selalu buat.
 Dulu kiranya nak pakai tudung bawal labuh tapi aku tak reti pakai tudung bawal.. TIDAK MESRA. Dulu nak pakai tudung awning labuh tapi kebanyakan kainnya melekap di dada.. TIDAK SESUAI. Begitu juga Syria.

At last aku tengok Dena Bahrin pakai shawl yang labuh..stil cantik. And again dia inspired aku sekali lagi. TQ girl. Jadi sekarang ni pilihan aku pashmina. Buat masa sekarang lah. Anda bagaimana? 


Semua tudung kalau dipakai memang panas. Material apa-apa pun sebab kita di Malaysia darling. Tapi biarlah panas jangan tidak tutup aurat dengan sempurna. Aku dah pakai banyak hijab seperti yang di atas aku sebut tu dan dah pakai dengan gaya yang macam-macam tapi yang paling penting sebenarnya  adalah kesempurnaan hijab itu untuk menyempurnakan kita...


Masa mula-mula dulu aku ambil kira soal cantik ke tak, affordable ke tidak tudung yang nak dibeli. Sepatutnya kriteria itu dikemudiankan. Sepatutnya kriteria labuh atau tidak, atau benar-benar menutup dengan sempurna atau tidak..itu yang paling penting dan teratas sekali semasa membuat pilihan tudung.



Dugaan tidak datang dengan musibah tetapi datang dengan seribu hikmah.. Syukur sebab sudah nampak hikmahnya. Syukur sebab Allah datangkan hikmahnya dengan cara yang perit tetapi membuat aku tersentak lalu mula memahami.

BATASAN AURAT itu pelindung diri :)

MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA itu pendinding peribadi :)


Masih ada lopang di mana-mana tetapi aku sedang mencuba, dan Allah juga sedang menguji dan memberi peluang :)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

:)

terimakasih
mizmieyna

No comments: