Friday, 25 January 2013

GURU ITU MANUSIA

assalamualaikum..

ada nampak header baru tak? itu header yang aku print screen dari cita ISTANBUL AKU DATANG.. aku baru je tangok crita tu. aku masih rasa nak menangis bila ingat part si azad ketahuan..huihuii...phuiii..jht sungguh.

baiklah. hari ini genap 5 hari aku praktikum. habis sudah minggu pertama. kelmarin aku join perarakan sambutan maulidur rasul. penat sangat.

anda tahu...? kehidupan guru di luar sekolah sangat mempengaruhi keadaan/kecekapan/kemesraan/kehebatan guru di sekolah. PERCAYALAH. walaupun persekitaran sekolah itu baik tetapi sekiranya kehidupan guru itu di luar sekolah macam ntah hapa2, guru itu stil tak akan dapat memaksimumkan kecekapan dia sebagai guru. persekitaran sekolah dan di rumah adalah PENTING. KERANA GURU JUGA MANUSIA...DAN SEDANG MEMBENTUK MANUSIA.

emosi..emosi...emosi... hal ini terdetik di hati aku...haha terdetiklah sangat bila mana aku bandingkan keadaan praktikum yang dulu dan sekarang. jadi kalau mak bapak nak anak dia menjadi orang yang hebat mulakan dengan MEMBAHAGIAKAN GURUnya dahulu.. kihkih... 

lagi satu.. aku dah dua kali praktikum di sekolah luar bandar. 

sekolah luar bandar pertama aku rasa seakan-akan TERDAMPAR!
sekolah luar bandar kedua ini aku rasa seakan-akan TERRR...MANJA! sangat rilekssss! perasaan pun rilekss.... alhamdulillah....

No comments: