Friday, 19 September 2014

GURU 6 BULAN

Hampir 6 bulan bergelar guru. Mendidik anak2 kecil seusia awal 7 tahun. Penat... keluh-kesah..dek alasannya tak biasa mengajar anak2 kecil seusia itu..

Hampir 6 bulan bergelar guru. Kadang2 ada rasa cemburu kpda rkn seperjuangan... yang kala ini makan duit elaun beribu ribu...sedangkan guru 6 bulan ini hempas pulas saban minggu.. menyediakan itu ini... dengan gaji sendiri.. yang gajinya berkira untuk diberi-beri..

Hampir 6 bulan bergelar guru... katanya kuat tapi ada waktunya mahu rasa ponteng2 pada awl minggu...tapi guru 6 bulan ini teguh... katanya takut2 anak2 kecil itu ketinggalan jauh... padahal guru 6 bulan ini kdg2 bangun pagi dgn muntah2,pening2, demam2, hingus-hingusan, 

Hampir 6 bulan bergelar guru... mengajarnya pula tak sewaktu pelajaran di kampus dulu.. ijazahnya pengajian sosial tapi ajarannya ilmu hisab... lalu idea entah apa2 ku turun pada anak2 kecil... yang dahaga ilmu. Malu....bukankah aku guru...serba tahu

Hampir 6 bulan bergelar guru...ada waktu aku seorang ibu...ada waktu aku selaku jururawat, ada waktu aku si tukang kayu... ada waktu aku si tukang cuci... ikut cita rasa.. bagaimana ragam anak2 kecil itu setiap hari..

Hampir 6 bulan bergelar guru.. kala belajar dulu dalam doaku ada ungkapan 'mohon dipertemukan aku dgn jodohku'... ini kali dalam doa sujudku kdg2 aku lupa aku rupanya masih dara... doanya kini persis si ibu... yang mohonnya banyak kali ' moga anak2 kecilku terang hati'...

Hampir 6 bulan bergelar guru.. iya baru 6 bulan.. aku msih punya 35 tahun lagi untuk dipanggil cikgu... ini baru catatan pendek 6 bulan bergelar guru... mungkin juga 35 tahun mendatang luah rasa ini tetap sama... yang sama cuma cabarannya... aku mahu anak bangsa terdidik dgn rukun ilmu yang saksama

Hampir 6 bulan bergelar guru... baru 6 bulan.

Wednesday, 19 March 2014

Berita Posting

5 tahun bercinta,, 5/12/2013 bertunang, 1/4/2014 akad nikah-- via Vi Na

Alhamdulillah 





p/s: Jgn lupa Allah juga bagi nikmat..#dibalik musibah :)

Friday, 31 January 2014

Family Potrait Irine Nadia Marcello

Kalau nak bercinta, cari yang halal untuk setia, kalau nak bahagia, 
kejar doa-NYA ke syurga  

Assalamualaikum.. <3
tagline di atas di ambil daripada belog  Irine Nadia Marcello
kata-kata daripada orang yang sudah bahagia :)

Maknanya kalau nak bercinta tu berkahwinlah..dan kalau nak bahagia, berdoalah kepada Allah S.W.T. Suka sangat dengan tagline tu..so terus dibuat entri ni hah.. bukan apa2 pun.. saja je. 

Tengok gambar ni..terserlah kebahagiaan :)
moga juga di kemudian hari tuan tanah begini <3

bahagiakan mereka. 

And i ...move on :)

Kajian Tindakan

Assalamualaikum,

Hye.. ada lagi benda nak habak.. Inilah akibatnya sebab tak updet belog. Cuma nak share sedikit pasal kajian tindakan. Kajian tindakan saya begini bunyinya 

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA BAGI SUBTOPIK 
PENGASASAN MELAKA DALAM MATA PELAJARAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5


Fokus kajian adalah untuk suptopik pengasasan melaka. Media untuk bercerita adalah menggunakan buku cerita yang diperlihatkan menerusi lcd projektor. Ada dua kaedah. Yang pertamanya saya bercerita menerusi powerpoint dan anak murid mendengar. keduanya pula, anak murid yang  bercerita berpandukan salinan buku cerita yang diberikan kepada mereka.  


Ini adalah sebahagian muka surat buku cerita yang saya lakarkan :) lebih kepada komik sebenarnya.


Alhamdulillah, kajian tindakan ini dah pun dibentangkan dan dibukukan. Hihi. Saya pun tengah tunggu posting. Saja nak share sedikit ilmu kepada adik-adik bakal guru semua.

**Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku cerita pengasasan melaka ini dalam bentuk softcopy sebagai media untuk mengajar boleh je bagitahu kat saya ya.. InsyaAllah boleh membantu. Sebabnya memang agak susah untuk dapat bahan mengajar softcopy bagi tajuk tu. Kalau ada pun ceritanya sekerat cuma. Alhamdulillah kaedah yang saya guna ni memang berjaya untuk membantu murid mengingat isi pelajaran bagi tajuk ni. :)

hahahahaha..mcm lah kajian hang hebat sgt!!!!! ni entri kenangan sebenarnya. Untuk kngan sya kononnya berjayalah buat kajian cam gini arrr... kurkurkur~~~

Internship Bakal Guru di Sekolah

Assalamualaikum,

hye... belum habis lagi cerita tahun lepas sebenarnya. HUHU.. Rasa menyesal plak tak updet ceritera hidup. Jadi untuk kenangan, saya titipkan entri ni utk diri sendiri dan readers.. kalau ada. haha

Sebab rasa sayang tak post picture 'hardwork' lah sangat masa internship semester akhir lepas. hehe.. Jadi layan saje ye.. Walau tak cantik mana pun. Muahahaha

Mural di perpustakaan sekolah :)

Tak pandai mewarna :( yang ni pun jadi lah

Final work :) 

Siap tandatangan :)


Pertandingan Mewarna Tahun 1

Adik comel ni lah johannya :)

Comel tak? Comelkan.. rindu sangat mereka ni :(

 Patutnya ada gambar masa buat kuiz kenegaraan tahun 5.. tapi tak jumpa :( . Boleh dijadikan basic panduan untuk adik-adik IPG semua yang nak dapat idea projek untuk internship.. List projek akak :
1. Perhimpunan - yang ni wajib tau.. buat secara berpasangan bersama rakan internship tapi laporan lain-lain ye
2. Mural --- kalau tak nak buat mural sebab tak berani menconteng sekolah..haha akak suggest boleh mengecat semula mural yang ada kat sekolah tu. Kalau tak pun pegi cat semula pondok sekolah ke...
3. Pertandingan melukis poster untuk tahap 2, pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan kuiz kenegaraan untuk tahun 5 -- in case tertanya-tanya kenapa buat tema kenegaraan, sebabnya major akak pengajian sosial. adik-adik boleh buat pertandingan ikut major masing-masing. Contohnya sukaneka.

Internship sebulan je. Dalam masa yang sama nak kena proceed with action research jadi aturkanlah masa tu dengan sebaik-baiknya ya :) Good luck bakal guru :)

Thursday, 30 January 2014

Segala yang tertangguh

Assalamualaikum,

Uhuu..banyak sungguh benda nak cerita tapi..tapi takpelah. Nak post gambar je. Ngee.. baru tadi kata semangat nak menulis kan tapi sekarang dah malas pulak. hangat-hangat taik manok jak.. haha

Jadi, untuk kenangan....detik-detik bakal guru, maka tika urusan membuka akaun kwsp pun nak bergambar jugak. 

Ini dia. Tengok tu. Nampak tak bangunan KWSP. Punyalah berusaha sungguh-sungguh untuk ambil gambar ni.
Perasan tak mana satu tuan tanah..ngee :P. Yang manis berkaca mata tu kawan kita. Single lagi. Kalau berkenan boleh gitau saya ye.. kihkih

Haritu kami dapat selesaikan tiga perkara dalam satu hari. Mula-mula tu buat akuan sumpah. Tak lama pun. Cuma minta tandatangan je dgn majistret. Kat mana? 

Kat sini hah.. Bangunan Kompleks Islam Sarawak.  Kalau tak kerana nak buat akuan sumpah ni tak  jejak kakipun kat dalam bangunan tu. Padahal dalam tu surga wanita. Banyak butik pakaian.

2, yang keduanya kita pegi buat akaun kwsp. 3. buat medical check up. Di mana? Klinik Dr. Voon. Tak ambil gambar klinik tu. Legend kot klinik tu.. hahah. bagi orang Kuching mesti dah biasa pegi klinik Dr. Voon kan? Nak? Nak? Haha.

dan ke 4. Kita tunggu jelah bila KPM panggil posting. Doakan saya cepat posting ye :)

Ok.. Yang ni gambar masa dinner terakhir. Yang mana satu tuan tanah? HiHi.
Semua yang  gojes dalam tu kengkawan saya..

Tengok tuan tanah posing sendirik. Selalu kalau ambil gambar ramai-ramai macam ni mesti saya posing sensorang. :P

Outing terakhir kami :) Mudahan bukan yang terakhir. Tengok tu, tuan tanah posing sensorang lagi.

Ini gambar masa pembentangan kajian tindakan. Masa ni saya dah lepas dah.  


Girls photo. <3

Yang ni masa beraya rumah lec kami. Cantik tak  si gojes pakai tudung hitam n  putih tu.
Dua dua dah berpunya. Yang pakai tudung hitam tu dah jadi tunangan orang. Tahniah Syuhada.
Yang tudung putih tu namanya Vina. Tunggu masa nak kawin kan Vina? haha 

Kami. Happy 

Dan inilah tuan tanah. Gambar selfie yang pertama untuk tahun 2014 (perlu ke)~~. Syabas untuk diri sendiri sebab boleh pakai tudung bawal. Perasan tak saya guna shawl je slama ni :) 
Gambar masa outing with mom.

And this is my mother. Cantik tak? hihi :) tengah sibuk melahap kep si.
Okey :) Nampak tak.. semua gambar nak disumbat dalam satu entri. Banyak benda nak updet sebelum ni tapi kan.. Hmm... Baiklah kita tutup buku lama kita buka buku baru :) Ngee.. cakap setengah setengah... Sorry readers :) Bye bye. Have a great day :)

Apa ada pada tahun 2013?

Assalamualaikum,,

Huhu,.lama sudah tak updet. Blog usang semakin usang abadi. Oh, rindu sungguh nak updet semua cerita hidup. Perasan tak saya menghilang. Perasan ke? Hihi. Well, banyak sangat yang terjadi baru-baru ni, jadi untuk menenangkan hati aktiviti blog ni terpaksa diberhentikan. But now im back..for good. No more hurt feeling. Tengok balik post lama-lama dalam belog ni tak lagi rasa meroyan sebaliknya sudah mampu tersenyum. Waima masih ada saki baki yang perit tu~~ hihi.. Mesti ada yang garu kepala baca post ni kan. Tak ada apa2 lah. Jiwa kacau sahaja.

Memandangkan saya dah semangat untuk menulis lagi... dan sudah sebulan melalui bulan pertama pada tahun baru ni..seperti biasa nak rewind balik apa yang sudah dicapai tahun lalu... jum imbas perkara yang besar2 je :)

1. Alhamdulillah, praise to Allah. Akhirnya after 5 and a half years saya dah graduate.. Yahoo! Finally kan. Tiada lagi soalan 'bila habis belajar?' or 'dah habis belajar belom?'.

cute kan.. nyum nyum.. rasa nak makan cokelat
2. Dapat lesen kereta. Yahoo!! Sebelum ni kata nak dapat lesen lepas dah bekerja...tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki awal. Praise to Allah.

Guna gambar abang hisham pula. hihi... tapi sayang tak dapat  lesen baru tu .  Dapat yang version lame punya.. huhu

3. Sudah berjaya menyiapkan sebuah novel :) Alhamdulillah sangat-sangat. After dua tahun siap jugak...lambat siap sebab sibuk dgn studies. Dan dalam bulan disember tahun lepas dah hantar untuk penilaian. Doakan novel itu berjaya di publish. Kalau tak berjaya pun tak apa. Still proud of what i had done. :) InsyaAllah, sekarang nak start writing for second novel pulak.

A  novel by.....

4. Sudah menjalani interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) pada 5 hb Disember 2013. Dan sudah pun dapat surat tawaran pelantikan pada 8hb Januari 2014. Gembira! Alhamdulillah. Memang masih jauh lagi perjalanan ni tapi Alhamdulillah cuma tinggal penantian untuk dipostingkan saja lagi.. hepi :)

surat cinta pertama <3

Alhamdulillah. rasa-rasanya itu jelah kejayaan yang 'besar lah sangat' tahun lepas..semoga lepas ni ada lagi kejayaan menanti. Doakan saya cepat posting ye... wait.. ada satu lagi nikmat sebenarnya. Yang pada mulanya saya anggap musibah tetapi Alhamdulillah lepas di tolak campur bahagi dan darab, saya andaikan hal itu adalah nikmat dari Allah S.W.T.


5. Menjadi hak sepenuhnya kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan diri sendiri.  Alhamdulillah, dia itu juga semakin bahagia. Dan kami masih bersahabat baik. For good to both of us. Ini nikmat. Jujur,,,ini nikmat :)


Hopefully, semakin matang :) Selamat tahun baru. Azam tahun ni? hmm tak berani nak sebut takut tak trcapai pulak. :)

Pengajarannya,,,, simpanlah sedikit untuk diri sendiri. Terlalu banyak untuk orang lain. Faham?