Friday, 31 January 2014

Kajian Tindakan

Assalamualaikum,

Hye.. ada lagi benda nak habak.. Inilah akibatnya sebab tak updet belog. Cuma nak share sedikit pasal kajian tindakan. Kajian tindakan saya begini bunyinya 

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA BAGI SUBTOPIK 
PENGASASAN MELAKA DALAM MATA PELAJARAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5


Fokus kajian adalah untuk suptopik pengasasan melaka. Media untuk bercerita adalah menggunakan buku cerita yang diperlihatkan menerusi lcd projektor. Ada dua kaedah. Yang pertamanya saya bercerita menerusi powerpoint dan anak murid mendengar. keduanya pula, anak murid yang  bercerita berpandukan salinan buku cerita yang diberikan kepada mereka.  


Ini adalah sebahagian muka surat buku cerita yang saya lakarkan :) lebih kepada komik sebenarnya.


Alhamdulillah, kajian tindakan ini dah pun dibentangkan dan dibukukan. Hihi. Saya pun tengah tunggu posting. Saja nak share sedikit ilmu kepada adik-adik bakal guru semua.

**Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku cerita pengasasan melaka ini dalam bentuk softcopy sebagai media untuk mengajar boleh je bagitahu kat saya ya.. InsyaAllah boleh membantu. Sebabnya memang agak susah untuk dapat bahan mengajar softcopy bagi tajuk tu. Kalau ada pun ceritanya sekerat cuma. Alhamdulillah kaedah yang saya guna ni memang berjaya untuk membantu murid mengingat isi pelajaran bagi tajuk ni. :)

hahahahaha..mcm lah kajian hang hebat sgt!!!!! ni entri kenangan sebenarnya. Untuk kngan sya kononnya berjayalah buat kajian cam gini arrr... kurkurkur~~~

No comments: